Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 21, 2011

Bilakah kita mampu untuk berhenti berharap?

aku tak percaya lagi dengan apa yang kau beri aku terdampar di sini tersudut menunggu mati aku tak percaya lagi akan guna matahari yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap   sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat kenapa ada derita bila bahagia tercipta mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan aku pulang... tanpa dendam kuterima.. kekalahanku aku pulang... tanpa dendam kusalutkan.. kemenanganmu kau ajarkan aku derita kau tunjukkan aku bahagia kau tunjukkan aku derita kau berikan aku bahagia kau berikan aku derita. SO7 - Berhenti Berharap rebahkan tangguhmu lepaskan perlahan kau akan mengerti semua Lyrics | Sheila On 7 lyrics - Berhenti Berharap lyrics bertanya seorang sahabat kepadaku, bilakah kita perlu berhenti? Adakah setelah  keperluan kita cukup, ilmu kita penuh ataupun kita sudah sampai ke dalam zon selesa? Sebenarnya perjuangan manusia kan berakhir setelah kita ma...

Kenapa kita perlu bersatu

Imej
Akhir-akhir ini aku didatangi oleh satu mail yang memperkatakan tentang kiraan falak penentuan masuk anak bulan Syawal. Pengiraan itu begitu menjurus akan kaedah menetukan tarikh Aidilfitri 2011 di Malaysia. kaedah falak itu bukanlah bidangku namun penerangan penulis itu begitu bagus sehingga aku faham akan kehendak cerita bagaimana menentukan terlihatnya anak bulan sebagai penentu bermulanya hari. Cuma yang aku kurang gemari ialah kenyataan bahawa sekiranya Sabah, Sarawak, Pulau Tioman etc di Malaysia Timur sepatutnya berpuasa sehingga 30 hari sementara Semenanjung Malaysia pula berpuasa setakat 29 hari sahaja. Camana boleh jadi macam tu.... Mengambing di Puncak Bagiku Malaysiaku ini mestilah dibawah satu naungan sahaja. Agung merupakan raja dan sebagai pemerintah dan ketua agama di Malaysia, dia berhak untuk membuat keputusan permulaan puasa dan raya. maka dilantik olehnya beberapa orang yang diamanahkan untuk menilik anak bulan Syawal dibeberapa posisi di seluruh negara....

Manusia dan telatahnya

Imej
Semalam bertempat di galeri Jusco Bandar Perda. Aku sempat tengok pameran barangan kraftangan keluaran bumiputera. Dan sebagaoimana biasa aku bersembang dengan pemamer (exhibitors) tentang barangan jualannya. Ada seorang mamat tu yang menjaga barangan dari Negeri Perak. Entah apa kenama dia aku lupa. Sebenarnya aku layan dia sembang pasal dia tu juah, gelembong dan boleh tahan cakap besarnya. Aku dipersimpangan dilemma Dia kata, orang nih, tak kira perempuan atau lelakinya, bangsanya dan kampungnya, dia boleh kenalpasti orang itu berasal dari mana. Ada awek dua orang yang lalu di hadapannya, dia tegur, ehh orang Pahang datang le beli kerongsang. Dalam kepala hotak aku dok kutuk dia separuh mati... Dia kata dia ada ilmu yang sekali hembus jer boleh pukau orang. Dia pernah merantau hingga ke Singapura dan juga OSAKA Jepun, bekerja dengan kapal dagang. Dan pernah bekerja menjadi pencuci hospital dikotaraya London. Mungkin betul dan mungkin juga tidak... entah mengapa cerita di ...

Nikmat Islam

Imej
Tiada kata seindah bahasa untuk memuji kelazatan dan kenikmatan yang Allah anugerahkan untuk kita. Masa remajaku dulu.... aku hairan kenapa Islam itu merupakan suatu kenikmatan yang Allah anugerahkan. Bukankah itu semuanya pilihan kita sendiri....???? Sibuk bermain laser  Kita boleh menjadi orang ISLAM sebagaimana ibubapa yang melahirkan kita... Kita boleh menjadi orang ISLAM sebagaimana rakan-rakan sekelas kita... Kita boleh menjadi orang ISLAM sebagaimana dipinta oleh kedua orang tua kita... Kita boleh menjadi orang ISLAM sebagaimana yang kita suka... Kita boleh menjadi orang ISLAM ketika rasa nak makan, nak kahwin atau bilamana ada kematian sahaja... Malah kita jua boleh memilih untuk berada diluar kelompok ini, membenci kelompok ini dan memilih untuk jadi pemerhati di luar pagar sahaja ataupun Kita boleh menjadi orang ISLAM yang sebenarnya mengikut ajaran yang dibawa oleh Rasullullah 1432 tahun dahulu. Boboi Boy Dan ketahuilah olehmu wahai pembaca yang b...

Pesan ibu...

Imej
Sejak TV9 menayangkan slot cereka Aku Bukan Maryam pepagi, masa sahur kami sekeluarga asyik layan citer tu jerr.... kalau aku tanya kat Eisya, hapa jadi nagan anak orang tuh.. mati kenapa? etc etc... Eisya akan jawab, itulah abah.. bangun lewat, lepas tu semua nak tanya... terkendon aku nak tahu jalan cerita selanjutnya.... Cumanya, aku nak komen iklan slot KisahKu. Ada selebriti tuh dok kata, "Sejak kecik sampailah sekarang dah ada suami dan juga baby, ibu tak pernah lekang bertanya.. nko dah solat ker..." bagi aku, bila dah lelama diulang-ulangi, dah tak nampak bagusnye emak sentiasa mengingati anaknya akan kepentingan solat, malah yang jelas ketara.... si anak itu sungguh malas menunaikan solat sehinggalah di desak, ditanya berulangkali dan disoal secara berdepan barulah nak solat. Hmmm... hampeh kan????