Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 29, 2011

Perutusan Hari Bapa 2011

Imej
Selamat Hari Bapa buat mereka yang telah pun bergelar bapa mahupun yang masih terkial-kial berusaha gelaran yang diterima ini bukannya ringan ianya penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai gaya rintangan cumanya... semakin lama bergelumang maka telah menjadi biasa dan mula terasa manisnya aku bergelar bapa. Sempena hari bapa 2011, aku ingin berkongsikan kisah aku sendiri yang kini semakin jelas masih lagi menjalani tugas yang diamanahkan Allah kepadaku sebagai seorang ketua keluarga bagi puteri, putera dan juga Ratu. yang sulung EisyaSalwa dengan gelagatnya yang tengah pula EinNadira penuh dengan kemanjaannya dan yang bongsu pula ErmanRadzi penuh dengan gaya dan keletahnya. EinNadira Bukan senang menjadi bapa, sakit sihat anaknya menjadi bualan pencapaian pelajaran mereka pula menjadi perbandingan susuk tubuh menjadi pertaruhan Siapakah mereka ini dimasa hadapan? Dulu aku sering tertanya-tanya, mengapa mereka diseberang sana senyum ketawa. Menjadi bapa baga...

Botak lerr kepala aku....

Imej
Apa itu MPHL? MPHL atau alopesia (botak) androgenetik merupakan punca keguguran rambut yang paling biasa berlaku, mewakili lebih 80 peratus daripada kesemua kes keguguran rambut di kalangan lelaki. Lain-lain penyebab kehilangan rambut termasuklah: Telogen effluvium. Satu keadaan sementara yang selalunya terjadi disebabkan oleh tekanan seperti kehamilan, trauma atau pembedahan. Areata alopesia. Satu keadaan di mana sistem imun badan sendiri menekan peringkat pertumbuhan akar rambut (bahagian rambut yang tertanam di dalam folikel di bawah kulit). Areata alopesia menyebabkan rambut gugur dalam bentuk setompok dan boleh menjejaskan keseluruhan tubuh badan termasuk rambut pada anggota muka dan alat sulit. Keadaan kulit kepala. Jangkitan kulat atau penyakit psoriasis iaitu sejenis penyakit kulit yang kronik pada kulit kepala, juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Masalah perubatan sedia ada. Penyakit-penyakit seperti hipotiroidisme. Memahami Kitaran Pertumbuhan Rambut Terda...