Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 19, 2014

Cerita sahabat atas permintaan

Imej
Disebelah surau usang Berdepan dengan padang bola Jalan berliku masuk ke dalam, dicelah bendang Situlah letaknya kampung Padang Jeman. Pernah aku ke situ sewaktu bujangku menemani sahabat mengubat rindu kekasih hatinya yang bermukim disitu. Rumah besar tersergam indah penghuninya sentiasa tersenyum sungguh ramah mengundang aku bertandang lagi dalam mencari warna kehidupanku yang pernah ku cicirkan di halaman ini.... Tangga kuning berubah warnanya bertambah moden dengan pemergian tuannya menyambut kedatangan generasi seterusnya penyambung cerita sebuah ceritera Hero - Abdul Azim Abdul Basir Haji Ahmad Ahli terbaru Keluarga Basir Haji Ahmad Along - Adlina Basyirah Acik - Qistina Angah - Siti Sarah

Hanya setakat itu

Imej
Pagi ini setelah tewas aku dalam kedukaan yang hampir membawaku menuju ke jurang yang dalam... tersedar aku akan kebesaran Allah tuhan seru sekalian alam. Di saat aku berusaha mentadbir seluruh kehidupan penuh doa dan harapan... demi keberlangsungan sebuah kehidupan dalam keluarga yang menjadi impian setiap insan. Terlupa aku bahawa Dia juga mentadbir semesta alam.. jatuh bangun segala kehidupan, baik manusia mahupun haiwan... tak kurang juga butiran kecil habuk dan kuman yang tidak terlihatkan pada pandangan mata orang awam malah hijau kuning warna tumbuhan, gerak tarian pohonan rendang, tiupan kencang pawana berkejaran dan tak ketinggalan siulan halus punai bersahutan bersama derai ketawa sang unggas di dalam hutan.. TERMASUKLAH kehidupanku dan anak-anak sekalian. Namun dalam doa dan harapan, kita kabur dalam pengharapan kerana kuat terasa akan ketidakserasian dengan apa jua perbuatan dan pilihan yang kurang berkenan dihati yang terkesan. Terdetak dihati beribu ...

Noerman bertanya lagi....

Imej
Semalam, seusai aku berbicara dengan Yan dan temannya dan juga Kak Ila dan Sarimannya... ku sambung meluangkan masa di depan skrin LCD bertemankan rancangan yang lawak Karoot komediaX. Semuanya dah masuk tidur, tetiba Erman keluar dari bilik. Tak ngantuk lagi katanya... Dia diam sahaja disampingku di atas sofa. Sesekali aku lihat wajahnya, dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dariku. Akhirnya aku dapat menangkap airmata yang tergenang dimatanya. Semakin lama semakin berat tak terbendung. Sebagaimana biasa, abah adalah Hero bagi anak-anaknya. Aku fokuskan perhatianku terhadap dia... tentang permasalahan hidupnya tentang komitmen jangka pendek yang menyesakkan jiwanya dan mengaburi pandangannya. Dia perlukan pencerahan. Aku mulakan dengan bertanya... Adakah dia dimarahi ibu? Apakah kesalahan besar yang telah dilakukannya? Adakah dia takut untuk tidur berseorangan? Adakah kerja sekolah yang masih belum dibereskan? Apakah masalah buli disekolahnya masih berterusan? Adakah i...

Munajat seorang hamba yang terlupa

Imej
Ya tuhan ku, Ampunilah diriku kerana pancainderaku yang kian bercelaru Mata yang sentiasa seronok untuk melihatkan aurat yang tertutup rapi Telinga yang kurang gemar kepada nasihat dalam mengingati mati Mulut yang kurang menyebut namaMu berbanding dunia Tangan yang biasanya terlalu kikir untuk berkongsi rezeki Kaki yang kuat berlari keluar menjahi majlis ilmu Hati yang berdolak-dalik ketika jauh dari jangkauan pandangan awam. Rahmatilah kehidupanku Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah (orang-orang yang) mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.                                                                                               ...