Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 5, 2014

Syawal terakhir: Mak... aku rindu!

Imej
Syukurku panjatkan kepada Illahi kerana sudi memberikan aku kehidupan ini... dengan berlandaskan Islam. Ruwet sungguh hidupku akhir-akhir ini... setelah Ramadhan berlalu... nampaknya satu persatu rencah kehidupan yang perlu aku selesaikan bergantungan sepertimana kertas-kertas order yang bergantungan di depan tukang masak di restoran. Satu per satu dibaca dengan teliti dan terus diselesaikan mengikut citarasa sebagaimana yang telah dijanjikan.... 10 Julai, Debab atau Tasmira... puteri bongsuku dilahirkan. Seperti biasa... jaundice menigkat naik sehingga terpaksa bemalam selama 3 hari di hospital bersendirian kerana ibunya yang menjalani pembedahan kurang bermaya untuk menghadirkan diri bersamanya. Setelah sihat.... Ramandhan menjelma. Sebulan berpuasa mempertingkatkan keupayaanku untuk menjadi chef segera semakin ketara. Memasak ikan, ayam daging dan sebagainya berbekalkan buku resepi 365 masakan. Sup ikan haruan menu harian untuk Rajaku yang dalam proses penyembuhan. Setiap pag...

Soalan anak-anakku semalam...

Imej
Seusai solat maghrib berjemaah, aku sering meminta soalan dari mereka berdua apa-apa sahaja tentang ugamamu, solatmu dan juga tuhanmu. Dari soalan biasa sehinggalah ke soalan yang menguji minda dilontarkan. Antaranya ialah maksud bacaan arab di dalam sembahyang. Sebagaimana yang telah kuutarakan sejak mula dulu, seorang abah mestilah sentiasa menjadi hero dikalangan anak-anaknya. Aku berikan terjemahan setiap bacaan yang dapat aku fahami sedari kecil. Namun, disini aku penuhkan segalanya secara  terperinci pada anggapanku bakal dijadikan pedoman bagi abah-abah lainnya yang ingin sentiasa menjadi idola anak-anaknya. Ein & Erman Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian ala...