Catatan

Tunjukkan catatan dari November 11, 2012

Kisah Jumaatku setelah sekian lama tidak menulis

Imej
Jumaat yang lepas, seperti biasa kunjungan kami ke Masjid Al Huda selepas tergesa-gesa mencungkil-cungkil dengan lidah kerana sisa ayam goreng ala KFC Pak Omar masih bertepek digigi. Haji Zahari sering mengingatkan kami bahawa mentari kini semakin awal tergelincir ke sebelah barat sejak akhir-akhir ini. Tak sempat menjamah pisang, azan telah berkumandang. Bersama Merah dibawah pohonan ceri Khatib jemputan dengan nada suara yang kurang berintonasi, membaca skripnya dengan agak terganggu mungkin dek keterbatasan penglihatan pada jarak dekat, menjadikan mataku semakin kecil digantungi syaitan. Sedikit sebanyak beliau memberikan peringatan tentang peri pentingnya seorang lelaki menjadi ketua keluarga dan sebagai pencari rezeki untuk menampung keluarganya dan khuatir akan menjerumuskan kelembah kehinaan sekiranya sang suami hanya duduk riang dirumah sementara isterinya keluar mencari nafkah untuk keluarga. Terkenang aku akan kisah seorang kenalan yang berkelana ke sini sana mencari...