2019: Bapak dah tua....
Dalam kesempatan sebelum azan dilaungkan... aku ingin selerakkan minda kalian dengan kisah teladan yang berulang-ulang sarat berperisa dan tiada tanda akan berkesudahan. Hari tua pasti akan tiba menjelang.. sekiranya aku, kamu dan kalian dapat untuk merasakan tak kesemua kita pasti berkesempatan kerna sejarah melaporkan berulangan bahawa yang muda belia juga sering diberi jemputan menemui Tuhan yang Maha Menjadikan Merasakan minda lebih kuat berkerja berbanding otot dan tulang Merasakan diri lebih kuat hari ini dari semalam namun fakta tidak bercerita sebarangan ianya dari penceritaan dan juga pengalaman diaduk enak dengan kisah jalanan menjadi takut, hairan dan takjub segalanya dianganan. Berbalik kita ke isu dipermulaan Setelah kalian hanyut di intro yang tak berkesudahan Bapak sungguh sarat hidupnya dengan pengalaman hidupnya dizaman Jepun, Inggeris dan sehinggalah ke zaman "Bakal PM yang ke Lapan" dilaungkan. Kisah hidup bertaburan di sepanjang per...