Leteran Q411ku....
Setelah sekian lamanya aku tidak berleter kepada juak-juakku... minggu lepas aku diseru untuk memberikan leteran ini semula. Lama juaga aku mengambil masa untuk memikirkan kaedah terbaik dalam menarik rambut yang bergumpalan di dalam tepung agar rambut tak putus dan tepung tidak berselerakan.... Seronok Kataku sebagai pemimpin, aku berasa pedih setiap kali juakku dimarahi oleh mereka-mereka yang kurang berterimakasih. Namun haruslah kita akui bersama... walau setinggi mana pun keahlian kita dalam bidang teknikal... kita masih lagi bekerja sesama manusia. Dan yang penting bila berada sesama manusia ini adalah komunikasi. Pernah dulu dalam pasukanku... ada seorang yang begitu pakar dalam bidang teknikal. Tiada apa yang harus dibimbangi bilamana dia hadir... namun, sekiranya beliau berunding terus dengan pengguna mesti ada hati yang terluka. Pasti ada yang begitu emosional melaporkan kepadaku tentang kata-kata sarkastik yang keluar dari mulutnya. Aku ini ibaratkan seorang clea...