Catatan

Tunjukkan catatan dari November 24, 2013

Salam hari bapa... yang terlewatkan.

bicaraku mulakan lagi suatu episod duka yang berkerak di hati semkain alam semakin aku terlahu tak berani bersuara tak berani berlagu.... hanya sendu yang tertera di benakku. yang ku kisahkan pada kali ini adalah pengorbanan ayah untuk anaknya ini sejak terbitnya suara teriakan ku didunia pantas dia bekerja mencari lebihan pendapatan keluarga kerana baginya pasti semakin kurang bahagiannya kerana bertambah lagi satu suara.... Hendak itu hendak ini dituruti tiada suatu pun yang akan dihindari namun terbatas akan kemampuan sepertimana aku sering dingatkan kata mak... kita sebenarnya tidak begitu senang untuk kehidupan mewah sepertimana mereka di seberang jalan.... Oleh itu wahai anakku... cukuplah sekadar beli yang perlu buat menyambung kesinambungan harimu Sedar ku tidak masa berlalu membawa aku tinggi berdiri menikmati kesempurnaan hidup yang dulunya tiada namun terhiris hatiku luka perngorbanan bapak untuk anaknya sungguh kecil kini terasa Oh anak apakan d...

Maafkan aku ibu....

Dulu tidurku terganggu kau usap kau belai aku terlelap Dulu sakit ku terlalu kau elus kau kesat aku terubat Dulu hatiku takut kau peluk kau dakap aku berharap Dulu diriku aku terusik kau dukung kau peluk aku pun pulih Namun kini dikala kau sakit tidurmu tak lelap matamu kabur sakit mu terlalu badan mu menggetar selalu Aku hanya mampu disitu, tersedu diam membisu pasrah kerana tak tahu apakah punca dan cara mengubatimu.... Maafkanku ibu. Tangisku berlagu pilu namun tak berdaya mengubat pedih laramu Maafkan aku ibu. Ya Allah, pandanglah dia dengan RahmanMu pandanglah dia dengan RahimMu kurangkanlah penderitaannya Hanya itu harapan yang aku ada.. memohon dariMu semata-mata.