Catatan

Tunjukkan catatan dari November 6, 2011

Do or Do Not... There is no try!

Imej
Sebenarnya, manusia ini bertendensi untuk menurut aliran... maksudku... dalam menentukan kehidupan ini, kita sering mengikut sahaja apa yang disuapkan kepada kita. Bagaikan dedaunan yang jatuh ke dalam longkang selepas hujan. Masa sekolah rendah (STOWELL BM) aku sering berteduh ditepi rumah nyonya  kat Taman Bukit bila hujan lebat. Aku tak boleh lari jauh kerana keterbatasan pergerakan. Asyik sungguh nengokkan deruan air menelusuri longkang ditepi rumah... EisyaSalwa Aliran yang laju membawa kemana sahaja daunan itu tanpa diketahui arah tuju dan juga persinggahan. Air yang mengalir laju itu ada matlamatnya, iaitu bergerak pada kelajuan graviti dan juga tenaga inersia yang berjujukan hasil dari pergerakan molekul air yang pertama dan juga hubungan kovalen sesama sendiri. Pada dasarnya, pergerakan ini bermula dari kawasan tinggi ke permukaan rendah yang mana rintangannya adalah yang paling kurang. Bagaimana pula dedaun yang hanyut itu...???? bolehkah ianya menuju matlamat sendir...

Belajar ABC dizaman ini....

Imej

Aidil Adha yang pertama dalam hidupku.....

Imej
Selama hidupku didunia ini, inilah pertama kalinya aku menunaikan solat sunat aidil adha diluar Masjid Padang Lalang. Aku semakin dapat menerima bahawa kini aku bukan lagi warga Padang Lalang. Aku telah semakin dilupakan dan terusir keluar dari keahlian disitu. Kali pertama menjejakkan kaki di Masjid SPT yang tersergam indah itu... Ein Nadira kini dah pandai membaca Buat pertama kali juga Ein mengikut aku menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda bersama Eisya, Ibu, Emak dan Ummi abang. Pertama kali juga aku dengar siak memberikan ucapan aluan sebelum azan dilaungkan. Beliau berterimakasih kepada semua hadirin yang memilih untuk menunaikan solat di masjid itu. Pelik bunyinya.... Mungkin aku tak biasa dalam acara memakmurkan masjid dengan kaedah pemasaran global ini. Semakin menghampiri CLOUD COMPUTING jer bunyinya. Kak Eisya Namun masih nampak banyak orang luar negara (Bangla) dan juga ramai student luar... bersembang de...