Kenapa kita perlu bersatu
Akhir-akhir ini aku didatangi oleh satu mail yang memperkatakan tentang kiraan falak penentuan masuk anak bulan Syawal. Pengiraan itu begitu menjurus akan kaedah menetukan tarikh Aidilfitri 2011 di Malaysia.
kaedah falak itu bukanlah bidangku namun penerangan penulis itu begitu bagus sehingga aku faham akan kehendak cerita bagaimana menentukan terlihatnya anak bulan sebagai penentu bermulanya hari.
Cuma yang aku kurang gemari ialah kenyataan bahawa sekiranya Sabah, Sarawak, Pulau Tioman etc di Malaysia Timur sepatutnya berpuasa sehingga 30 hari sementara Semenanjung Malaysia pula berpuasa setakat 29 hari sahaja. Camana boleh jadi macam tu....
Mengambing di Puncak |
Bagiku Malaysiaku ini mestilah dibawah satu naungan sahaja. Agung merupakan raja dan sebagai pemerintah dan ketua agama di Malaysia, dia berhak untuk membuat keputusan permulaan puasa dan raya. maka dilantik olehnya beberapa orang yang diamanahkan untuk menilik anak bulan Syawal dibeberapa posisi di seluruh negara. Sekiranya salah satu dari lokasi ini melaporkan bahawa anak bulan telah kelihatan dengan terang melebihi garisan ufuk, maka kesekian negeri dibawah takluk pemerintahan baginda seharusnya akur dan merayakan bersama-sama. pasal itulah perlu ada penyimpan mohor besar raja-raja melayu untuk mengisytiharkan tarikh permulaan puasa dan juga hariraya. bilamana Sultan disetiap negeri sudah bersetuju untuk bersatu maka mereka tidak boleh pula untuk keluar dan mengisytiharkan tarikh yang berlainan.
Generasi Pasca Merdeka |
Itulah sebab kenapa kita perlu bersatu....
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA!
Ulasan