Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 16, 2011

Susahnya menjadi pemimpin....

Imej
Pepagi tadi aku terlihat wajah mayatnya ditembak dan dikerjakan oleh pemberontak yang dibiayai NATO. Hmmm... sebagaimana Saddam dahulu... beliau juga menjadi mangsa yang sama dilakukan demi menyelamatkan ekonomi eropah dan juga US. Colonel Gaddafi  Lepas habis kering minyak IRAQ, LIBYA adalah antara negara penyimpan minyak yang  terbesar didunia, kini dikuasai oleh US dibawah panji-panji pakatan NATO. Pemberontak yang kurang mengetahui tentang rencah cerita sebenarnya begitu teruja dengan kejatuhan ini. Dapatkah mereka memperolehi nikmat yang sama dengan pemerintahan baru? Buat masa ini, mungkin yang dikejar adalah simpanan dana sebanyak USD5 billion Libya yang dibekukan  diserata dunia. Namun, nikmat rumah percuma, bekalan elektrik dan dana tanpa cukai untuk rakyat malah pemberian kerajaan sebanyak USD5K setiap kali mendirikan rumahtangga sebagai biaya untuk membeli rumah adalah antara ratusan biaya kerajaan Libya masakini. Biarlah segala kemanisan didunia ini di...

Bencinta

Imej
bila dah berumur, aku geli-geleman tengok orang tua bercinta, kalau sesama umur pun aku dah berbulu mata.. tetambah plakk bila mereka nih cuba ngorat si anak dara lepasan sekolah. Itu sebenarnya hak memasing namun besarlah harapanku ianya tidak berlaku dipersekitaran lingkungan kenalanku. Bak kata mami ...."Minta simpang malaikat 44" Aku cuba masuk kedalam selipar jepun mereka, rupanya masih tidak upaya merubah persepsiku terhadap teori ini. Aku cuba andaikan aku, pada umurku yang merangkak senja, yang bercinta dengan gadis pingitan ini... perghhhh... abeh berubah segalanya... cara pemakaian.. jadi k-pop lerr aku gamakya. iphone dan ipad jadi rakan seharian...(*jobs tersenyum dikuburannya) facebook update setiap masa... sampaikan keluar tandas ponn dikongsikan bersama..(*zuckerberg tergelak kecil) hmmmm.... nampaknya aku bukan lagi dalam golongan itu... tak mampu aku untuk melonjak ke ruang lingkup generasi baru kerana generation-gap yang telah terukir itu sudah semak...