Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 28, 2014

Musibah: Pembelajaran percuma yang sering dilupakan

Imej
Banjir di Kelantan sebenarnya sungguh sinonim dengan musim tengkujuh di akhir Disember saban tahun namun di tahun 2014 ini... penutupnya bukan lagi suatu pesta yang sering dirayakan penduduk setempat, sebaliknya menjadi suatu musibah ngeri yang tidak pernah terlintas di fikiran kita rata-ratanya orang melayu di Malaysia malahan rakyat Kelantan sendiri. Seusai berlakunya bencana, berkokoklah para jagoan kampung tentang post-mortem memasing. Bertekak lagi para menteri mempertahankan tindakannya.  Peri pentingnya pengisytiharan darurat  Dari segi tuntutan insuran dan juga bilangan mangsa yang terlibat.  Terlupa pula nak dilihat Perihal gerakan bantuan yang tiba lewat Malah angka kematian juga semakin meningkat Dah memang ajalnya macam mana nak buat Pihak berwajib pula banyak alasan Nak berikan pertolongan kepada mangsa yang lain... keluarga sendiri pun hampir kelemasan Yang kurang bersedia pula tergagap-gagap Nak berikan bantuan takut disalah angg