Bila sesumpah bertukar warna
S egenap rakyat di tanahairku kini sibuk berbicara dengan sumpah sehinggakan nak ajak minum ponn berjenaka dengan sumpah. Suruhanjaya sumpah semakin kehilangan kuasa bilamana semuanya sudah berani untuk ke masjid, pakai baju teluk belanga dan bersongkok tangkap muat.... lalu melafazkan sumpah laknat. Pernah aku dengar citer pekerja asing dari indon yang pernah tertangkap red-handed kerana mencuri barangan rakan sekerjanya dan semua barangan tersebut berada dalam locker. Dia sanggup bersumpah laknat.. tapi dengan syarat, segala bala bencana tersebut dia tujukan kepada ibunya yang berada di Indonesia??? Memangnya dia bermusuhan dengan ibunya, ataupun ibunya sudah ponn meninggal dunia ataupun memang dia adalah klon malin kundang.. aku kurang periksa. Namun, sekelumit iman aku percaya masih berada didalam hatinya... iaitu takut akan kekuasaan Allah. Sekiranya orang yang kafir, yang Islamnya hanya pada nama dan keturunan, yang hidupnya langsung tidak berlandaskan Quran dan Sunah tetiba...