Warisan
Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Aku lah penyambung warisan... Entah kenapa lirik lagu Warisan dendangan Sudirman menjadi kicauan lembut di gegendangku sejak akhir-akhir ini Oncologist yang ramah bicaranya bertanya seolah-olah ingin mencari asal usul sel yang rakus menerobos masuk ke dalam paru-paru kananku. Ibu masih ada....? sudah bersama Penciptanya ujarku selamba. Pergi bersama kelukaan dihatinya Khabarnya diguris kuman sekian lamanya Namun tidak disedarkan oleh sesiapa Badan yang kurus sangkaku biasa Selera berkurangan bicaraku lumrahnya orang tua Sakit didada diwaktu tidurnya ujarku angin sahaja akibat kurang menjamah makannya Rupanya hebat beliau digigit sang gedomba Perihnya tak tersukat dek rasa Bagiku insan biasa,,, dilalokkan layaknya dengan Morphin sahaja Ibu pergi selamanya setelah berhabis mencuba Melawan sakitnya berseorangan sahaja Anaknya cakna cuma tiba dipenghujung cerita Kerana tak beupaya mem...