Catatan

Tunjukkan catatan dari September 14, 2008

Dont look back in anger.. i heard u say!

Imej
Ramadan kini menghampiri trimester yang ketiga. Di awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka. Terkenang aku dengan beberapa kenalan pada Ramadan yang lepas kini telahpun meninggalkanku.... tak kira sama ada pergi yang bersifat sementara mahupun pergi selama-lamanya. Ketika ini, setahun yang lalu aku berada di zon selesa. Pelik buat pertama kalinya pasal cuti 3 hari aku diperkenankan oleh boss... tapi lepas raya baru aku tahu muslihat dia... dia ndak blah. Sampai hari ni aku masih lagi rindukan kelibat dia.. tak dinafikan. memang banyak hikmah di setiap kejadian Allah. Aku kini semakin matang membawa diri.. kembali awas sebagaimana aku di Seagate dulu kerana yang menilai diriku kini orang yang mempunyai 3 nama. Pemikiran aku kembali menerawang jauh ke zaman belajar ku dulu. Emangnya kami di ketika itu keseluruhannya mempunyai IQ yang hampir sama. Namun, apakah kriteria yang membezakannya? Di tahun akhir, aku interview utk post system engineer...