Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 29, 2015

Cerita aku hari ni selepas kena marah dengan Boss....

UMUR saya 44 tahun. Pada usia ini, saya dihadapkan dengan satu pertanyaan, berapa pula umur Islam saya? Sejak itu,  saya sering  bermonolog, apakah saya kebetulan dilahir Islam atau saya sendiri yang mahukan Islam? Andai  takdirnya saya lahir sebagai bukan Islam, apakah saya akan mencari Islam, pelajari Islam dan memilih Islam sebagai agama pegangan? Dalam keadaan itu, bagaimana jika tidak ada sesiapa yang datang beritahu saya bahawa Islam itu agama yang benar dan hanya Islam agama di sisi ALLAH? Tidak kira apa sebabnya, kawan-kawan saya yang Islam tidak pun bercerita kepada saya mengenai kebenaran Islam dan keesaan ALLAH,  apa lagi untuk mempengaruhi saya berhijrah ke agama mereka. Dengan itu, tersesat dan ke nerakalah saya selama-lamanya. Wal iyazubillah! Tatkala terbaca artikel ini, aku turut mengelamun mencariu erti diriku ini. Malah pepagi lagi tadi aku dikejutkan dengan satu saranan, seandainya semua kejadian ALLAH dimukabumi ini halal dimakan keucali seb...