Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 18, 2018

Pilihan Utama Anda : Post mortem SPM2018

Imej
Sekali lagi aku diundang untuk memberi pandangan tentang kursus dan bidang pelajaran sebagai pedoman yang sesuai untuk dipelajari oleh anak-anak kenalan yang baru selesai mendapatkan sijil dengan terbilang Dan sebagaimana biasa, dalam reramai yang berbicara, pelbagai pendapat dilontarkan dengan bangganya. Like nobody business kata Forest Gump ketika memberi pendapatnya Ini yang bagus, itu lebih baik.. elakkan yang ini dan that is the best pelbagai rentak ragam bicara. Lontaran idea yang bernas ini bukan sahaja menjebak anak-anak itu ke dalam kancah kekeliruan yang kronik malahan mejadikan ibu bapanya semakin cemas. Adakah anak aku nak jadi ini.. ehkk dia mungkin bagus untuk jadi itu.. arghhh.. dia mengikut kawan-kawan secara melulu sahaja... apakah akan terjadi owh... macamana niiii... Sebaiknya... jadikanlah iktibar wahai kawan apa yang kita pelajari hari ini bukan 100% menjamin Siapa Kita di masa hadapan. Beberapa tahun dari sekarang Ada yang masa belajar dulu...