Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 26, 2015

Aidilfitri menjelma dan berlalu pergi....

Imej
Salam mesra dariku yang sudah sekian lamanya bungkam tanpa kata-kata Setelah 9 hari aku tinggalkan pejabat, hari ini kembali aku untuk melunaskan longgokan tugasan yang tak akan disentuh oleh sesiapa jua melainkan aku... hehehehe... Datang dan pergi... tanpa kita sedari... Ramadhan datang dan pergi. Berbahagialah kepada mereka yang berjaya memborong segala yang ada dia siang dan malamnya. Jilakelah mereka yang terlepaskan segalanya. Aku berteraweh di Masjid Timah yang serba serbinnya baru.... tahniah ku ucapkan kepada jawatankuasa masjid kerana program yang sungguh teratur. Dari imam hafiz, masjid berhawa dingin, PA sistem yang baik, idea bernas untuk mengkhatamkan satu kitab sepanjang bulan Ramadhan maka dipilih kitab Hadis 40: Peristiwa akhir Zaman dan tak kurang juga hadanah ( panti asuhan ) percuma yg disediakan di belakang masjid untuk menjaga anak-anak kecil dari mengganggu ibu dan ayahnya bersolat di dewan utama. Maka tiada lagi alasan untuk tidak merebut peluang yang hany...