Catatan

Tunjukkan catatan dari November 11, 2018

Moments that matter

Imej
Pagi ni Sr Vp aku cakap tentang Moments that matter. Menarik jugak kerana dia membawa aku ke suatu tarikh dulu yang aku sesalkan hingga ke saat ini.... Ku kongsikan satu disini... di akhir pengajian anak ku di darjah 6.. seusai sahaja menjalanai peperiksaan UPSR, pihak sekolah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Langkawi untuk pelajar2 senior tahun 6. Seminggu sebelum itu, kami baru sahaja menghabiskan masa bercuti kesana sekeluarga. Aku berhasrat untuk meneruskan perjalanan hujung minggu itu ke Selatan tanahair bagi menziarah sanak saudara. Jadi niatku itu tiada dibangkang dan kami bergembira bersama-sama. Namun setelah 5 tahun berlalu, baru kini terdengar ditelingaku bahawa sausana bercuti bersama-sama rakan sebaya di sekolah amat bermakna kerana bukan tempat yg dilawati yang sebenarnya dicari.. namun MOMENT bersama teman itulah yang amat bermakna dia tidak dapat diundurkan masa untuk menikmatinya bersama-sama lagi Walaupun kini mereka bertemu kembali... namun suasa...