Kling...kling...kling...
Bilamana berbunyi sahaja loceng, maka sausana menjadi gegak gempita dengan orang ramai yang cuba mendapatkan perhatian yang lainnya dengan cara melaungkan suara dengan lebih nyaring... semakin ramai yang menggunakan kaedah ini menyebabkan suasana hingar bingar ini semakin diluar kawalan. Hadirin akan segera berpaling ke arah empunya suara yang gemersik nyaring mahupun suara yang pelik. Terpana sebentar dengar keunikan suara akan menenggelamkan apa yang hendak disuarakan. Ini biasanya diikuti dengan hilai ketawa ataupun jerkahan menyinga bahkan ada yang disambut boo oleh hadirin yang kurang menyokong pendapat yang tak seiramana. Anak-anak pasca merdeka Sejak kelahiranku 4 dekad yang lalu, tanggal 31 bulan lapan Lima Puluh Tujuh merupakan tarikh keramat yang disambut gembira seluruh anak-anak Malaya kerana ianya menjadi penanda aras bahawa negara yang kita tadbir sendiri ini tidak lagi terikat dengan penjajah lagi... namun semakin hari, lemah gemalai suara merdeka ini semakin lun...