Semangat kemerdekaan....
Aku terbaca artikel tabloid suluh rakyat, lidah rasmi PKMRM kisah wawancara wartawan Suluh Rakyat dengan Rashid Maidin. Sebenarnya nama ini aku pernah dengar masa aku masih ingusan dulu. Katanya, dia digempur pihak polis namun tidak ditembak kerana kelihatan di sedang menunaikan solat di atas dahan pokok besar. Seusai solat, beliau dihujani peluru namun yang berguguran hanyalah dedaunan. Orangnya lenyap begitu sahaja. Cerita itu lahir dari mulut Abang Ajemi cucu Mbah Sami. Ia diceritakan secara sembunyi dan senyap-senyap dan mestilah dirahsiakan. Aku sebenarnya bukan dari kelompok mereka untuk dibenarkan mendengar namun aku dilabelkan sebagai budak yang tak faham maka aku dibiarkan mendengarkan kisah ini. Cerita kesaktian dan kehebatan ilmu Rashid Maidin ini semakin hari semakin terhakis dari hati ini. Namun dewasa ini aku dibangunkan kembali dengan kisah perjuangan ini dan semakin nampak akan kebenarannya... selain dari berbicara sendiri dengan orang dari sungai manik sendiri aku sema...