Krisis pertengahan umur...
Pasangan di lewat pertengahan umur akan mengalami sindrom yang dinamakan krisis pertengahan umur. Bagi yang lelakinya... udah mula menggatal menunjukkan ciri-ciri keremajaan yang sukar untuk ditafsirkan. Mula ligat bermain motor besar... hobi mahal dan tak lekat di rumah, manakala bagi wanitanya pula, terbentuk satu tendensi untuk mandiri, iaitu self financial support, self life objective and semua jenis SELF yang ada kat dunia nih timbul di permukaan, termasuklah SELFish. Jika dibiar berlanjutan, kekadang ia membawa kepada penceraian kerana keduanya terasa cukup kuat untuk mempertahankan keegoan. Sewajarnya, perkara ini diberikan pandangan yang menyeluruh.... namun cuma sedikit yang nampak. Krisis ini berlaku sentiasa dan berulangan didepan mata. Cuma kita sahaja yang nak amik peduli atau tidak. Kekadang terasa jijik dan geli-geleman gak namun kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Apa hak kita untuk memperkatakan kehidupan manusia lain yang dilahirkan k...