I-City: Kemilau cahaya penghias malam
Di bukit I-City, kami sengaja hadirkan diri jam 715pm bagi melihat sendiri keindahan yang diuar-uarkan. Destinasi berbayar sebanyak RM10 bagi sebuah kereta itu masih gah dan mengagumkan walaupun dicemari beberapa tompok hitam yang sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak pengurusan. Yang ternyata jelas untuk diperhatikan ialah: Model yang jadi modal aku 1: Tempat teduh berbumbung sekiranya hujan secara tiba-tiba hadir tanpa diduga kerana untuk keluar dengan segera dari kawasan lapang tersebut hampir pasti untuk kuyup sebelum sempat sampai ke dalam bangunan. Ada budak cari katak tak jumpa... 2: Tandas yang bersih dan banyak serta mudah dicapai amat diperlukan untuk menampung bahan buangan orang ramai. tergamam Patrik tengok Erman nangis 3: Surau yang lebih besar kerana pengunjung yang ramai biasanya hadir di kala senja. Dengan jumlah yang ramai dan waktu solat yang singkat, surua sedia ada yang hanya berupaya menampung 8 jemaah lelaki dan 4 wanita adalah sesuatu yang men...