Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 24, 2007

Sabri: Dalam kenangan

Imej
Wan Sabri bin Salehudin. Nama yang tidak asing lagi bagi keluarga besar Raja Ahmad Shamsusah. Hadir ke dunia sekitar 17 tahun yang lalu, dipinjamkan Allah bagi menguji tahap kesabaran keluarganya... setelah tamat waktu yang dijanjikan, pulanglah beliau ke rahmatullah. Kisah silam yang berlalu tidak akan kembali lagi, kini menjadi sejarah untuk tatapan keluarga yang menyinta dan kenalan yang sudi meletakkan secubit memori di hati mereka. Kedegilannya, kenakalannya dan yang paling diingati ialkah kesungguhannya untuk menjadi sempurna di mata akal manusia waras sering membakar semangatku. Dilahirkan normal namun akibat jangkitan selaput otak, merubah segalanya. Dia sering meronta untuk berusaha menjadi manusia normal yang membahagiakan keluarganya namun... Kebolehannya untuk membantu ibunya didapur dan kecenderungan untuk meminati teknologi seperti pergerakan jam dan juga tetris game menggambarkan bahawa dia sebenarnya tidak ketinggalan jauh dari arus kemodenan dunia. Kini, telah lengkap