Catatan

Tunjukkan catatan dari November 13, 2011

ココにいるよ! Koko Ni Iru Yo

Imej
Sepanjang hidup kita yang singkat ini.... berapa kali kita pernah jatuh? Soalan yang baik namun jawapan yang sukar... Tak terkiralah banyaknya... sebab tak sempat nak kira. Malah kalau pun ada orang yang kira berapa kali dia jatuh disepanjang hidupnya.. mesti dia orang istimewa kerana  tak ramai orang yang tergamak nak melakukan kerja-kerja gila seperti itu. Tidak kira betapa teruk kejatuhan itu, hanya mereka yang pernah mengalaminya faham akan kejanggalan, kesedihan, kesakitan, keraguan, kepedihan, keperitan dan kemaluan... errpp... i mean keaiban yang dirasai. Namun percayalah, sebaik sahaja kita berupaya untuk bagun semula dan pantas berlari... rasa itu berganti dengan seribu kemanisan yang tidak terperi. Aku terbayangkan kecewa hati quartet 4x100m bila pelari akhirnya terjatuhkan batton disaat mereka mendahului. Jeritan batinku Mungkin jatuh itu adalah biasa bagi kita untuk membanding, namun mungkin itulah yang paling teruk bagi sipolan.  Pernah dengar cerita ...

Aku maafkan kamu....

Imej
Aku minta maaf di atas segala perbuatanku. Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan Jamal Abdillah: Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak Malique: Atur sepuluh daktil batal yang batil Detik dua usul ditutup satu lagi tampil Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil Minta diisolasi dari dalil busuk jahil Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni Mana cepat terbang atau warna gelang tangan Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan Halusinasi susuli ketandusan ihsan Ubat parut auditori kesan artileri insan Gagal dikesan Jamal Abdillah: Aku maafkan kamu Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku Malique: Timbul tenggelam, timbul tenggelam Acapkali terpendam, acapkali tersergam Cermin muka kopak penuh bintik hi...

Harga seorang teman....

Imej
Kawan, sahabat, handai, taulan mahupun teman yang dikurniakan kepada kita adalah sangat berharga. Sampai ke tahap tiada yang sanggup untuk meletakkan tanda harga kepada setiap persabahatan yang dipunyainya. Sahabat setia teman berduka... namun tidak dinafikan ribuan teman ketawa juga berkeliaran disini sana. Terbang bertebaran bagaikan rerama mengerumuni manisan. Manusia itu fitrah nalurinya terlalu ingin untuk bersahabat. Tak kira bentuk dan rupa... warna kulit mahupun jantina. Teman ini merupakan carian utama manusia. Oleh itu tiada kuasa untuk menghalang diri mangsa dari didekati oleh pemangsa. Rerama dihujung jemari Jika anda mempunyai teman untuk berbual, mengisi masa lapang dihujung minggu dan juga untuk meluahkan perasaan ketidahpuasan hati, berkongsi kegembiraan dan juga meminta pendapat, anda seharusnya bersyukur kerana tidak semua insan didunia ini memperolehi kesempatan yang sama. Berikutan dengan permasalahan ini jugalah laman soSIAL medapat tempat. TAGGED, TWITTER...