Puteri Bongsu
Sinonim dengan perangai bangsaku MELAYU... setiap kali mendapatkan anak, akan ditanya apakah nama sipolan itu. Dan yang paling signifikan ialah apakah MAKNA yang tersirat disebalik nama yang diberi. Namun setelah diberikan sebab dan musabab, mereka akan terus memberikan pendapat dan saranan yang ironinya mungkin tidak lagi relevan kenara nama sudah didaftarkan. Aku pernah menulis tentang nama dan bagaimana ianya didapati pada blog entri yang terdahulu dan tidak perlulah untuk disebutkan lagi. Namun pada kali ini aku terdetik untuk menulis bilamana persoalan orang tentang nama yang kuberikan kepada anak bongsuku yang berumur kurang seminggu ini. Mendaftarkan nama sesuatu server, machine, PC, Local Admin account dan sebagainya adalah sesuatu yang sering aku lakukan sejak dari mula bekerja di tahun 90an dahulu. Sehingga kini, aku sering berikan peluang untuk anak buah menamakan semula kerana sudah mangli dengan kerjaya ini dan juga ingin memberikan kebebasan berkarya kepada golong...