Nikmat Islam

Tiada kata seindah bahasa untuk memuji kelazatan dan kenikmatan yang Allah anugerahkan untuk kita. Masa remajaku dulu.... aku hairan kenapa Islam itu merupakan suatu kenikmatan yang Allah anugerahkan. Bukankah itu semuanya pilihan kita sendiri....????

Sibuk bermain laser 

Kita boleh menjadi orang ISLAM sebagaimana ibubapa yang melahirkan kita...
Kita boleh menjadi orang ISLAM sebagaimana rakan-rakan sekelas kita...
Kita boleh menjadi orang ISLAM sebagaimana dipinta oleh kedua orang tua kita...
Kita boleh menjadi orang ISLAM sebagaimana yang kita suka...
Kita boleh menjadi orang ISLAM ketika rasa nak makan, nak kahwin atau bilamana ada kematian sahaja...
Malah kita jua boleh memilih untuk berada diluar kelompok ini, membenci kelompok ini dan memilih untuk jadi pemerhati di luar pagar sahaja
ataupun
Kita boleh menjadi orang ISLAM yang sebenarnya mengikut ajaran yang dibawa oleh Rasullullah 1432 tahun dahulu.
Boboi Boy

Dan ketahuilah olehmu wahai pembaca yang budiman, sesungguhnya, budaya puak muktazilah yang sewenangnye menyalahkan Allah diatas kekufuran mereka itu masih ada dikalangan kita. Kekadang ianya semakin menebal didalam jiwa. Maka bersihkanlah ia ketika kita berada didalam madrasah ramadhan ini kerana kita selesa menjadi umat Islam... itulah nikmatnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...