Apa ada di atas awan?
Persoalan pagi Jumaat hari ni dari geng Biz Application kat aku. Mahu saja aku nyanyikan lagu untuk dia.... namun dengan wajah yang penuh innocent... tak sampai hati aku nak dendangkan lagu walaupun bergema dilubuk hatiku lagu itu... Tanya sama awan Aku kandung air Sampai tempat sejuk aku pun cair.. Lihat dalam air Nampak bayang-bayang Lempar satu batu bayang pun hilang. Pagi nih aku jenuh menjawab kenapa electronic helpdesk system application boleh down sedangkan dia berlari-lari riang selama beberapa tahun tanpa ada kejutan, Aku mencapai kata konklusi bahawa ianya berkenaan WANG. Maka terangguk-angguk lah faham mereka yang awalnya terlompat-lompat hendak menikam aku secara berdepan. Beginilah kehidupan dalam persekitaran kerja yang penuh dengan bangsa berbudayakan naga. Geng tiga nama ni sentiasa mencari peluang untuk menikam, menghenyak dan menendang dari belakang, sisi kiri dan kanan. Bila sayembara telah dimulakan, rentak tarian diatur... langkah silat biarlah tak s...