Bila tersingkap tabir 2012....
Menjengah kita ke tahun baru hijrah 1433H diekori rapat dengan tahun baru masehi 2012... maka semakin aku, engkau dan kita semua menghampiri ke suatu garisan keramat garisan penamat. garisan perpisahan dengan yang tersayang garisan pemisah dengan dunia kesihatan garisan penghabisan dengan dunia kebudak-budakan garisan terakhir bagi sebuah kehidupan gemilang Hujung minggu aku melawat opah... semakin hari bongkoknya semakin ketara. Tidak mampu lagi untuk berdiri tegak mahupun duduk dengan jangkamasa yang lama.... Semakin hari nikmat Allah ditarik secebis demi secebis.... di kala itu rindu terasa amat mencengkam rindukan masa yang sihat riang berloncatan rindukan masa yang lapang untuk menabur bakti kebajikan rindukan masa muda belia ceria bergaya rindukan masa kaya dengan cita-cita dan... rindu ini semakin ketara bila kita berada di penghujung nyawa. Setiap Jumaat, aku sedekahkan bacaan Yaasin dan juga tahlil kepada junjungan besar Muhammad Rasulullah saw termasuk roh pa...