Topeng....
Setiap ketika kita bertopeng... tatkala menunaikan tanggungjawab kepada yang Maha Esa... terangkat hijab seketika namun kekadangnya terlabuh jua bilamana terasa adanya manusia yang memerhatikan kita... mengapa perlu ada topeng di antara kita. Ingin sentiasa dipandang muliakah kita? Punya 2 watak kah sebenarnya kita??? atau.... perihal rahasia yang tidak bisa dipandang oleh manusia biasa. Terpacul persoalan ini bilamana aku menerima catatan rekod capaian internet domainku. Terdapat manusia yang begitu ghairah masuk ke site pornografi dan dengan rakusnya memuat turun gambar dan movie lucah... Perlu kusediakan jawapan kepada pegawai atasan... mengapa masih kedapatan lowongan tatkala sekuriti telah diperketatkan. Dengan kadar seloroh aku tanya soalan itu kepada amoy sepejabat.... apa yang seronok dipandang... fesyen baru kah ataupun fesyen zaman batu yang dipertontonkan???? dia ketawa sahaja... nanti awak takde keje pulakkk... katanya. manusia ini rupanya punya tendensi u...