Rabu, 15 Februari 2012

Semalam tidurku bermimpi tidur...






Minggu ni aku sibuk ngan Windows 8. Training lebih ke arah AD. Memang best pasal trainer dari Microsoft tapi yang tak bestnyer... buat secara online Live Meeting dan satu lagi tak best... dari 10pm sampai 3am.
Tak keruan aku minggu nih....

Tidur seorang Puteri


Lena diulit intan





Deep sleep

Ehkk dah sedar

Nak sambung plakk mimpi tadi

Ehh... sapa ni!

Kenapa ramai kat sini?

Ehkk sat nak posing

Kak Eisya yang kejut rupanya...

Jumaat, 10 Februari 2012

Imej dipandanganku... 2012

Setiap kerlipan mata kia menangkap imej dan seterusnya diproses untuk menjadi maklumat. Semenjak bayi kita sudah bisa melihat dan semakin hari... kita akan lebih cenderung untuk melihat ke arah imej yang kita suka lihat maka itulah seterusnya... makanya... dipenghujung usia kita... barulah kita akan tersedar akan betapa ruginya kita kerana tidak melihat KESEMUA ciptaan ALlah dan cuba untuk memahami hakikat kejadian manusia kerana manusia dan jin itu tidak dijadikan melainkan untuk beribadat kepadaNYA sahaja...


Nurein Nadira

Dijendela kelisaku... Noerman bertaut.

Penghibur lara hatiku

Seorang abah mesti sentiasa menjadi hero kepada anaknya

Dibawah lembayung senja

He who says money cant buy happiness... dont know where to shop!

Ibu dan anak

Geng 

Haji Abas

Adek

MatPyan

Pacik Cokelat

Jajan jerr...

Out of my window...

Khamis, 9 Februari 2012

حسـن الخاتمة (Husnil Khotimah)

Semalam, abang sepupu aku Saad @ Mijak telah kembali ke rahmatullah. Aku menuggu sehinggalah selesai pengkebumian pada jam 11 malam. Dari saat dia koma pada hari Ahad sehinggalah dia menghembus nafas yang terakhir semalam ligat kepalaku berputar memikirkan kisah perjalanan hidupnya yang berakhir setelah usai segala urusan dunianya. Anak-anak kesemuanya sudah berkeluarga.
Menggumam dalam benakku... Sempatkah aku...??

Hanya kepada Allah aku berharap....

Rabu, 8 Februari 2012

Anjakan paradigma

Terbatuk-batuk Erman dengan perubahan....
Hati berbunga
Seringkali berputar dibenakku, mengapa kita harus sentiasa mencari benda baru dalam hidup ini.. adakah ianya suatu keperluan untuk meneruskan sebuah kesinambungan ataupun hanya untuk menambahkan berat kepala sahaja.
Rasullullah juga menasihatkan umatnya untuk pergi ke masjid melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain. Mengapa ini yang diutarakan???







Generation gap


Doa adalah senjata mukmin





Pernah dengar akan perihal menambahkan perisa dan mempelbagaikan corak hidangan makanan untuk menukar kaedah merasa makanan?
Pernah dengar tentang anjakan paradigma yang sering diwar-warkan oleh para pemotivasi tempatan dan juga luar negara?
Fokuskan pada persamaan dan hindari perbezaan
Apakah ini semua... sekadar untuk memenuhi ruang ataupun ianya berlaku sekali lagi dibawah sedar manusia?

Pagi ini tergamak aku membawa persoalan ini untuk dipertikaikan secara ilmiah dimana debatku hanya untuk mencari kebenaran.
Muslimah
Apa itu paradigma...  iaitu suatu set corak yang serupa dilakukan untuk suatu jangkamasa yang tertentu. Contohnya: mengajar anak tentang ilmu matematik dengan menghafal sifir dan berpendapat bahawa anak yang lemah daya ingatannya dalam sifir 2 tidak berupaya untuk pergi jauh dalam bidang matematik. Eay... sudah tiba waktunya untuk anda anjakkan paradigma anda dalam membincangkan ilmu matematik ini.

Susunaturkan budaya agar tidak merosakkan akidah bangsa
Sejak diperkenalkan ilmu ini ke dunia orang melayu... ianya semakin tidak disukai ramai kerana digabungkan dengan suatu kebolehan yang tidak semua manusia mampu untuk melakukannya iaitu... kebolehan menghafal.

Berlari menuju masa depan
Cakap pasal ilmu matematik... kena hafal sifir.. argghhhh... pecah kepala.
Ingat pesan ibu
Sebenarnya kita hanya perlu faham sahaja.. selebihnya akan datang sendiri ketika sibuk berulang-ulangkali menyelesaikan masalah matematik.
Ianya hanyalah suatu cabang permainan teka-teki dimana pemainnya cuma perlu untuk mencuba pelbagai kemungkinan dan dicelahan kemungkinan itulah jawapannya.
Keluar dari gua


Tahniah buat yang sudah jumpa jawapannya... dan buat yang belum dan hampir pasti akan berputus asa kerana gagal mencari jalan keluar... anjakkanlah paradigma anda. InsyaAllah... jalan keluar bukan lagi misteri...
Tugasan sama pada zaman yang berbeza
Challenge yourself.. you'll see this world is really round, and its not squared!

Selasa, 31 Januari 2012

Melantun dibawah sedar

bouncing... melantun aku dibuai duniawi. Bila aku memulakan tajuk entri aku pada hari ni... aku begitu teruja sekali. Walaupun bermula dengan subzero, aku yakin aku mampu untuk menukilkan sesuatu di dalam keterbatasan masa ini.

Buruh kanak-kanak

Cicit opah kait rambutan

Ultraman erman

BooneNyawak reflection

Dulu... aku pernah melaluinya. treingat dizaman sekolah dulu. Aku diberikan tajuk untuk diperbahaskan diatas pentas dimana ramai yang akan menilai kebolehanku. Begitu ramai yang merasakan mereka lebih layak dari ku dan masih tertanya-tanya mengapa aku terpilih? Sesungguhnya, aku pun pelik jugak, kenapa aku dipilih untuk mengutarakan pendapat, berhujah dan bercakap untuk mempengaruhi audiens sedangkan, aku sendiri tidak dapat meyakinkan diriku untuk memikul tanggungjawab itu.

Namun, sebaik sahaja gendang dipalu, aku terus terjun ke gelanggang.. entah dipelawa atau diterjah masuk aku kurang periksa. Namun langkahku tak sumbang... tarianku tak mengecewakan... dan rentakku berbisa...

Ini bukan suatu keadaan hairan diri, takabbur mahupun bongkak... kerana segala itu sifat tuhan belaka. Aku yang hadir dengan merafak sembah, poyo lagi serba kekurangan, namun bagiku.. sebaik sahaja kita hadir digelanggang.... tujuankan nekad..bulat.. hanya satu iaitu mengakhirinya dengan kegemilangan. Begitu jua cabaran dia tahun ini... ayuh kita semua... perkuatkan kuda-kuda, melangkah ke gelanggang dengan penuh minat dan ghairahkan kemenangan.
Eisya Salwa

Bonsai Cu Meng

Model rambutan


Semoga langkah kita tak sumbang....
dan yang paling penting semoga kita tidak jemu berjuang...
bangun semula sekiranya dirempuh kecundang...
bingkas menapak menunjang dan menerajang...
 mencari kembali sejarah kegemilangan.
Bangun kita bersama Islam.
Kak Eisya jadi tupai

Isnin, 30 Januari 2012

Mak...


Mak,
pesanan dan nasihatmu sentiasa bergema di dalam hati ini
lagu dengan irama yang sama terus bersahut-sahutan
sebagai pedomanku disepanjang perjalanan.
Ummi, mak ibu mama....

Mak,
Anakmu ini sudah semakin dewasa
semakin terasa akan perpisahan yang bakal menjelma
percayalah, segagah manapun hati anakmu ini 
beliau masih perlukan belaian manjamu....


Mak,
doakan aku berjaya di dunia dan akhiratku...

Jumaat, 27 Januari 2012

Bila tersingkap tabir 2012....

Menjengah kita ke tahun baru hijrah 1433H diekori rapat dengan tahun baru masehi 2012... maka semakin aku, engkau dan kita semua menghampiri ke suatu garisan keramat
garisan penamat.
garisan perpisahan dengan yang tersayang
garisan pemisah dengan dunia kesihatan
garisan penghabisan dengan dunia kebudak-budakan
garisan terakhir bagi sebuah kehidupan gemilang

Hujung minggu aku melawat opah... semakin hari bongkoknya semakin ketara. Tidak mampu lagi untuk berdiri tegak mahupun duduk dengan jangkamasa yang lama....
Semakin hari nikmat Allah ditarik secebis demi secebis....
di kala itu
rindu terasa amat mencengkam
rindukan masa yang sihat riang berloncatan
rindukan masa yang lapang untuk menabur bakti kebajikan
rindukan masa muda belia ceria bergaya
rindukan masa kaya dengan cita-cita
dan... rindu ini semakin ketara bila kita berada di penghujung nyawa.

Setiap Jumaat, aku sedekahkan bacaan Yaasin dan juga tahlil kepada junjungan besar Muhammad Rasulullah saw termasuk roh para solihin dan syuhadah dan khususnya buat mereka yang pernah hadir sejenak dalam kehidupanku dan kini telah berhijrah ke alam lain mendahuluiku... percayalah, aku juga akan menyusul kalian kesana bila sampai waktu dan ketikanya....



اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Khamis, 22 Disember 2011

Leteran Q411ku....

Setelah sekian lamanya aku tidak berleter kepada juak-juakku... minggu lepas aku diseru untuk memberikan leteran ini semula. Lama juaga aku mengambil masa untuk memikirkan kaedah terbaik dalam menarik rambut yang bergumpalan di dalam tepung agar rambut tak putus dan tepung tidak berselerakan....

Seronok

Kataku sebagai pemimpin, aku berasa pedih setiap kali juakku dimarahi  oleh mereka-mereka yang kurang berterimakasih. Namun haruslah kita akui bersama... walau setinggi mana pun keahlian kita dalam bidang teknikal... kita masih lagi bekerja sesama manusia. Dan yang penting bila berada sesama manusia ini adalah komunikasi.

Pernah dulu dalam pasukanku... ada seorang yang begitu pakar dalam bidang teknikal. Tiada apa yang harus dibimbangi bilamana dia hadir... namun, sekiranya beliau berunding terus dengan pengguna mesti ada hati yang terluka. Pasti ada yang begitu emosional melaporkan kepadaku tentang kata-kata sarkastik yang keluar dari mulutnya. Aku ini ibaratkan seorang cleaner yang perlu melakukan kerja-kerja pembersihan emosi sebaik sahaja khidmat dari staff teknikal ini diselesaikan.
Perlukah keadaan ini berlarutan tanpa tindakan susulan?
Eisya di PISA




Pernah dulu bilamana syarikat pengeluar kereta tempatan telah diminta untuk mengunjurkan pengeluaran yang ke satu billion dan pengumuman itu telah dijadualkan untuk dikumandangkan pada tarikh keramat oleh pengerusinya, maka berlumbalah pihak produksi megeluarkannya sehinggakan QA yang terjerit-jerit mengasingkan produk-produk itu tidak berhak dikeluarkan kerana tidak mematuhi kehendak kualiti namun dibiarkan sahaja oleh pihak pengurusan. Mereka bertindak dengan lebih bijak iaitu memenuhi kehendak pemegang saham dan menterbalikkan konsep "kepuasan pengguna diutamakan"

Pakcik Cokelat cium puteri
Sebaliknya mereka menubuhkan pasukan untuk mengendalikan aduan kerosakan pengguna untuk menampung permintaan yang bertambah. Maksudnya, produk mestilah dibeli dahulu dan kerosakan yang sepatutnya dibetulkan di dalam kilang telah dibawa keluar demi memenuhi kehendak pengerusinya untuk mengeluarkan kereta yang ke satu billion pada tarikh keramat tersebut.
Jangkamasa panjangnya.... konsep ini memakan diri. Kini, diiklankan bahawa syarikat tersebut menjamin power windows mereka untuk seumur hidup. Perghhh... sungguh menyayat hati kedengaran ditelingaku. Dalam sungguh calaran emosi pengguna sehingga jaminan ini diperlukan dalam iklan produk mereka.


Ini lah yang berlaku dalam pasukan ku itu.... perlu ada satu geng yang memakai topeng hero rakyat untuk memujuk dan memperbaiki emosi pengguna yang terguris setelah masalah teknikal dibetulkan.... Ini adalah satu bentuk case-study terbaik untuk dibicarakan.
Aku berkata kepada juak-juakku.... sesungguhnya dalam 8 jam kita bekerja seharian. Bersih atau NETTED production kita cumalah 2 jam. Selebihnya digunakan untuk berkomunikasi. Oleh itu, segeralah perbaiki tahap komunikasi kamu untuk menjadikan kamu lebih produktif, lebih berdaya saing dan lebih cemerlang.
Pesta 2011

Dulu aku pernah tertanya-tanya... sekiranya aliran sains dan teknologi mempelopori kemajuan dunia, mengapa perlu aliran sastera masih diajar di pusat pengajian tinggi. Dan tertanya-tanya juga aku, mengapa bijak pandai zaman duhulu kala... mempelajari kedua-dua aliran .. contohnya ibnu sina (avicenna), plato, ptolemy, socrates dan yang lainnya. Mereka adalah ahli falsafah dan juga ahli sains. Bilamana kesemua AHLI dan PAKAR sains yang berkumpul itu bertelagah dengan konsep dan teori memasing, disitulah diperlukan ahli falsafah untuk mengkategorikan pendapat mereka dengan menemukan jalan tengah.
Leteran aku berpanjangan lagi bila quater4 2011 semakin menuju kepenghujung kerana aku perlu memberikan markah untuk kenaikan gaji juak-juakku itu....

Biasa laaa.... bila ditunjuk ajar, semuanya mengaku dah tahu. Tapi bila terbuat silap... habis kuat, dia sengih jerr... dengan harapan aku akan menjawab bagi pihaknya. Tokey Balak pun leh miskin macam nieh...!!!

"Do it right the first time" pernah terbaca tagline nih tak... hmmm... serabut kepalaku untuk menulis lagi. Sila baca dan amalkan... semoga berjaya.
Ada yang senyum dan ada yang sedih...
Bagi yang akan terima markah memasing... itulah sahaja yang terdaya untuk aku lakukan, selainnya rahmat Allah semata-mata. terimalah dengan redho.