Salam Aidilfitri 2008
Kini...tiba masanya hati gembira di hari raya... Bertemu sanak dan saudara Bermaaf-maafan dengan keinsafan. -p.ramlee- Biasa dengar bait-bait ayat itu. Namun secara amnya rata-rata kita hanya mendengar sebagai halwa telinga tanpa mengambil iktibar dari senikata lagu tersebut. Ramai yang memilih untuk duduk diam dirumah (kediaman) dok tunggu tetamu yang kekadangnya bebudak dari kampung sebelah yang berkunjung sekadar memenuhi kantung duit raya dan juga jadual aktiviti harian bersama kengkawan.... biasanya.. terpa jer rumah sesape ponn.. tetap akan diterima kunjungan tuh.. Erti Syawal semakin dilupakan. Sedangkan telah dikhabarkan bahawa ada 3 keseronokan menanti orang-orang yang berpuasa... gembira tatkala berbuka.... gembira dengan kehadiran Syawal dan juga gembira tak terkata dikala bertemu tuhannya. Apakah faktor pemangkin kepada terjadinya fenomena ini...? Salahkan media penyiaran... dengan adanya filem hebat sepanjang minggu perayaan di TV dan juga dipanggung wayang... Salahkan ora...