Catatan

Tunjukkan catatan dari April 17, 2011

Matlamat hidup kita serupa....

Imej
Teringat aku akan suatu kisah dipagi Jumaat yang mulia ini dan terasa ingin aku kongsikan bersama semoga membawa faedah kepada aku yang menulis dan korang yang membaca. Sedar tak kita bahawa setiap manusia yang dihidupkan ini mempunya matlamat hidup yang sama... tidak kurang atau pun lebih hanyalah untuk beribadat kepada Allah subhanawataa'la.... " Tidak   Aku (Allah) jadikan   jin dan manusia   melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56 Lets go.... Jom kita nukilkan kembali cerita nih dan ambil iktibar... Arakian diceriterakan kembali seadanya... Allah SWT memerintahkan malaikatNya untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia merasa senang setelah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau.  Di siang yang panas itu sang kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada sang kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang setelah dijadikan oleh A...

Ein dan Erman ke rumah Tok-Ti

Imej
JuOn keluar dari kolam Hari ni mama nak pi lawat sepupu dia eksiden. Aku dok run CGP projek.. camana nak cuti. Last sekali aku bawak bebudak tu ikut aku ke Kulim. Aku call MakTi utk tumpang dia orang kat situ. Dia cakap OK. Alhamdulillah.. bebudak tu riang jerr bila aku tinggalkan. Hmm.. itulah kehidupan aku sekiranya jadi single parent. Kalut, serabut dan serba tak kena.... Alhamdulillah.. aku bersyukur kerana Allah masih jadikan kehidupan aku sempurna bersama insan yang dikasihi... semoga berpanjangan ke akhir hayat. InsyaAllah Biskut OREO

Brothers In Arms

Imej
S ejak meletusnya perang di Asia Barat yang menyaksikan PBB sekali lagi melakukan khilaf dengan terus-terusan menyebelahi US yang menggunakan kuasa VETOnya untuk menyerang Libya. Tidak salah untuk aku mengatakan bahawa PBB merupakan alat permainan US semata-mata. Bilamana berlaku kucar-kacir dalam negara, PBB sepatutnya memainkan peranan untuk menjaga kebajikan negara tersebut dari ancaman luar termasuklah dari luak perundangan antarabangsa yang diguna-pakai, keselamatan dari ancamana musuh antarabangsa, arus pembangunan ekonomi global, hak kemanusiaan dan alam persekitaran malah termasuk juga pergerakan hubungan sosial demi keamanan sejagat. Namun yang jelas diperlihatkan hanyalah suatu pertubuhan yang dijanakan untuk mengumpul sebanyak-banyak ahli bagi menghalalkan kegiatan ganas negara kuasa besar meratah negara kecil yang menjadi ahli secara paksa. S etuju tak kalian jika apa yang berlaku ini merupakan suatu senario yang kita rata-ratanya sudah sedia maklum. White Lies kata omp...

Nasionalisme

Imej
S emangat kebangsaan. Nasionalis... aku terbiasa dengan perkataan ini sejak di tingkatan 3... belajar sejarah dengan guru sejarah yang mukanya saling tak tumpah dengan Admin Aman Ramli. Corak gaya nota ringkas yang dicakarkan dipapan hijau kelas begitu mengagumkan aku. Ooohh.. ini lerr caranya nak belajar sejarah... bertitik tolak dari satu tarikh, ditulis peristiwa dan juga dihubungkaitkan dengan perjanjian pangkor etc etc... dan begitu juga nama-nama pendokong watak... dari Burhanudin Helmi dan seterusnya penulis... seperti Pak Sako dan lelain yang membakar semangat nasionalisme dikalangan pemuda... hingga timbul API (angkatan pemuda insaf). namun kini, aku masih percaya... mereka ini diperlukan untuk menimbulkan jatidiri dan menyedari akan titik perjuangan yang perlu dilaksanakan. Aku khuatir, generasi baru ini semakin kurang kesedarannya... Tak semua tahu dan tak semua faham malah ada yang mendengarkannya sambil lewa dan yang lebih menarik, perkataan ini sering dipandang remeh ol...