Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 11, 2008

Perutusan hari guru 2008

Imej
Salam Hari Guru, 16 Mei 2008. Guru, Cikgu, Pendita atau apa sekali ponn paggilan untuk mereka yang sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain.. itu lah dia pendidik. Cakap pasal guru atau pendidik nih... dalam keluarga aku ada 2 orang... Cikgu Boone dan Cikgu Awok. Dulu depa punye laah tanak jadik cikgu.. hmmm... masa merubah segalanya.*cam rubah dan serigala! Kata ulama, setiap orang yang mengajarkan kita satu ilmu... beliau adalah guru. Hmmm.... sat aku kira berapa orang guru aku... Ndak buat list dari yg lama ke baru.. lupa laaa... jom start dari la ni dan patah balik... Hmmm... Mohmad Fuzi Sharif - guru VB programming Shariff Hassan - guru ORACLE Saiful Suhardi & Nasir Che Tam - guru Quran & Tajwid Ahmad Azman - guru swish programming Mak - guru aku Raja Rogayah - guru kasih sayangku Boone - guru tentang kisah menjadi guru, politik guru dan budak lelah wakil sekolah acara lumba lari. Awok - guru semayang hajatku Bapak Nan - guru kehidupanku Aman - guru financial and invesment...

Selamat Hari Ibu...

Imej
Selamat hari ibu.... sibuknya Eisya suruh aku print gambar untuk buatkan salam hari ibu. Kat Giant ponn dia dok sibuk ndak belikan hadiah untuk ibu... sibuk dia dengan Ein melipat kertas A4 dan melukis-lukis gambar love pelbagai warna untuk diberikan kat ibu.... Aku paham benar erti perayaan ini bagi Ein dan Eisya. Dia tanya kat ibu... ibu nak hadiah apa... ibu suruh dia petik bunga abah untuk berikan kat ibu.. syhhh... jangan cakap kuat-kuat nanti abah dengar. Haahhh... bebudak nih buat komplot nak curi bunga orkid aku rupanya... akakakaka Salam keibuan untuk semua insan bergelar ibu, yang bakal menjadi ibu, yang mempunyai sifat keibuan yang tebal maupun nipis dan setidak-tidaknya pernah mempunyai ibu. *rasanya tadak lagi manusia yg dilahirkan oleh seorang bapa, nak kuar kot mana??? Ibu, ummi, mama, emak, induk, mami, ma etc.... antara panggilan untuk ibu yg pernah aku dengar dari kengkawan yang rapat ngan aku. Camana pon, yang ingin aku kisahkan kat sini ialah pasal mak aku.... Hajah...