Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 6, 2011

Lidah tak bertulang

Imej
P erghh.. tajuk killer betul... memang lerr lidah tak bertulang.. kalau bertulang, kena tergigit dan patah tulang lidah... camana ndak casting...??? Boleh kerr disimen lidah tu... ko jumpa bomoh untuk urut lidah lagi lerrr.. muntah cecet laaaa pasaI TU LERR LIDAH MEMANG TAK BERTULANG. D idunia kini semuanya kena ada black and white. Pasal tu firma guaman dan loyar-loyar buruk bertaburan kini ada banyak permintaan. Sediakan dokumen sekeping, tukar nama dan alamat... print bebanyak dan claim rm400 sekeping, orang masih bayar. Sekali jual tanah, 50lot... sekeping 400, buta saja dah buat RM20K. Tapi, kena bayar gaaakk... kotidak, camana orang yang membeli tanah itu pasti bahawa duit yang dibayar berbaloi dengan tanah yang dibeli, begitu juga si penjual... camana nak pastikan barang yang dijual setara dengan wang yang diperolehi. Kisah tentang bulan Tidak pernah ada manusia jujurkah di dunia ini....???? Kalau laa ada... mana nak cari. Tepuk dahi tanya otak... apsal aku sendiri...

KasihSayang: antara yang nampak dan tidak.

Imej
Kasih yang nampak dan kasih yang tidak nampak. Tangible and intangible love rendered. Ein sayang ibu Pagi ini terpanggil aku untuk membicarakan tentang kasih mak dan ayahku. Samakah ia dengan kasih yang aku sedang curahkan terhadap anak-anakku kini. erman dan Ein memang bijak. Aku semakin kagum dengan kuasa pemikiran mereka bila aku ajukan dengan pelbagai persoalan yang tegasnya sesuai untuk dicernakan oleh mereka yang lebih dewasa umurnya. Eisya dan Nurul di Morib Malam tadi sepertimana biasa Ein sibuk menolong aku menyidai kain basuhan di tingkat atas. Aku kutip kain yang kering dan terus melipat disitu juga, sesekali aku mengeliat betulkan kedudukan kerana lenguh. Dia spontan bertanya, kenapa abah sakit belakang. Aku beritahu dia, aku kini dah tua, pasal tu cepat letih, sering sakit dan lenguh sana-sini berikutan perubahan cuaca dari panas ke sejuk dan pelbagai benda aku sengaja unjurkan kepada untuk melihat sejauh mana dia dapat faham persoalan yang aku lemparkan... A...