Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 3, 2011

Gemilang.

Suatu masa dulu, bilamana aku habis exam final year paper, kami beramai-ramai ke rumah salah seorang teman di Aulong, Taiping untuk beraya... errpp.. aku ponn tak berapa ingat dah. Dalam perjalanan tu, kami sibuk layan lagu Ella dari Album terbaru dia masa tu... dan akhir-akhir ini, bila aku dengar semula lagu tu... kenangan aku mengimbau kembali ke saat itu. Ntah kenapa, semangat aku berkobaran semula dan hanya Allah yang tahu... Kepada sahabat yang bersama-sama di dalam kereta dalam perjalanan tersebut... diharapkan semuanya masih lagi ingat memori bersama disaat kegemilangan kita. Aku tahu, mereka kini kita semua sibuk sekali dengan peraturan baru kehidupan dan komitmen yang berbeza, namun... pernah suatu ketika dulu... kita berada dalam satu pasukan yang sama. (Mie,Zafrul,Brado,Sedae,Dnae, Pendek,Tricky,Hatta, Nahaq, Greng, Ithar, Mool, Zee, Tajui, Faizal, Ashroff, Bek, Nasir, Ajik, Wordstar, Bob, Jenal, Farid, Skudai, Jasni, Roxette, Yang, Mift, Keyhair, FadilAnan, Che Din, Jae,...

Kembara suci....

    1.       Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. 2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah),...