Kuasa Islam yang kian pudar
Manusia dan katabicaranya yang mengelirukan. Kekadang aku tertanya, kenapa perlu nabi memberikan peringatan kepada kita agar tidak mempercayai kata-kata yang dihamburkan oleh golongan munafik, selidiki dahulu sebelum mempercayainya. Mungkin dizaman itu, pemimpin besar seperti Rasullullah telah ponn nampak apa yang boleh diperlihatkan kepada mereka. Aku juga berasa berada dalam golongan itu sejak menerajui gerombolan penjaga dan penjana kemudahan prasarana teknologi maklumat di tempat aku. Kami kekadang diperlihatkan akan perancangan yang di gubal oleh pihak atasan namun, perlaksaannya mestilah dirahsiakan demi menjaga kestabilan politik semasa. Mungkin ada baiknya dan ada buruknya. Namun sejak aku difahamkan dengan adanya peringatan Nabi kepada umatnya, maka aku sering berfikiran sebaliknya bila disua dengan cerita yang besar sebegini. Penyapu baru harus menyapu lebih bersih... Kembali kepada suasana semasa... Bila belum habis cerita pendidikan seks disuratkhabar dan media m...