Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 20, 2011

Kenapa kau malas solat?

Kenapalah engkau malas sembahyang? Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang, Tidakkah lebih beruntung daripada tiang, Berdiri roh malam dan siang? Kenapalah engkau malas sembahyang? Hendak makan minum pun dah senang, Negara aman bukan perlu berperang, Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.... Kenapalah engkau malas sembahyang? Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang, Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang, Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang? Kenapalah engkau malas sembahyang? Main bola sanggup sampai ke petang, Beli tiket konsert sanggup beratur panjang, Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang? Kenapalah engkau malas sembahyang? Ingatlah umur kita bukannya panjang, Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang, Dalam kubur nanti jawablah seorang.... Kenapalah engkau malas sembahyang? Siksa neraka cubalah dibayang, Masa di akhirat terlalu panjang, Janji Allah pasti datang tidak terhalang. Ingatlah wahai saudar...

Wacana Pak Kaduk tentang nuklear...

Imej
Masa kecik aku dulu... kalau nak belajar naik basikal... kena belajar tuntun basikal ke hulu ke hilir dulu. Aku patuh ngikut setiap tunjuk ajar senior-senior aku tanpa peduli walaupun diuji kesabaranku ke tahap yang begitu tinggi. Bila dan pandai berbasikal... naik satu tahap lagi... nak belajar menunggang motor plakkk.... Syarat utamanya pula mesti pandai mencuci dan kilatkan motor... baru senior nak ajar... dan begitulah seterusnya bila aku belajar memandu kereta dan juga lori treler 10 roda ayah aku dulu. Semuanya bersyarat... dari paras paling bawah mestilah betul sebelum naik ke peringkat yang lebih atas. Tiada istilah skip level cam bebudak belajar Iqra' la jugak... kalau basic takde... camna ndak terus baca quran dengan tajwid, nahu dan sorof yang betul. Generasi baru Setelah setiap level berjaya dibuat dengan betul, tiada kesalahan serius dan semuanya berada dalam keadaan terkawal, barulah kita yakin untuk masuk ke ruang yang lebih atas. Begitulah caranya aku didid...

18 Mac 2000 kisah saspen.....

Imej
Tak ada apa yang spesel ponn pada hari tu. Cuma aku agak kalut...  balik kerja hari Jumaat tu, terus bergegas ke KL menuju ke rumah PakWi (Alfatihah untuk arwah). Zana... technician aka member kamceng ponn aku bawa sekali ke KL. Semua ahli keluarga dah sampai malam tu dan bersiap siaga untuk menuju ke persinggahan seterusnya dimedan tempur yang kedua... behind enemy line... kat Sijangkang, Selangor.  The next day, siap-siap untuk akad nikah lepas tergempar kerana Jurunikah sibuk nak ke mesyuarat agung UMNO, jadi lepas Maghrib akan dilaksanakan ijab dan qabul di rumah pengantin perempuan kat Taman Seluang, Banting Selangor Darul Ehsan. Sesampai ke area Sijangkang, diarahkan menunggu di stesen minyak Mobil. Tetiba ada sebuah Mercedes hitam parking bebetul dibelakang kete... aku ponn pelik gaak.. apsal orang nih double-park aku... banyaaaak lagi ruang kosong..rupanya, itulah wakil dari pihak seberang. Seterusnya kami bawa masuk ke dalam perkampungan Sijangkang yang penuh dengan...

Sindrom hari pertama

Imej
Hampir setiap hari isnin aku akan mengalami sindrom ini. Rasanya hujung minggu berlalu begitu cepat. Sesingkat masa yang ada, tak sempat nak merumput dan membaja pokok. Tak sempat bermain dengna anak-anak. Tak cukup masa untuk berpiknik dengan keluarga dan tak punya cukup masa untuk belajar.... Dan hari pagi ini... Ein menangis kerana sudah biasa lepak tak pergi ke sekolah. Dia salahkan aku kerana semalam sebelum tidur dia telah siapkan soalan untuk aku jawab... " abah, hari ni sekolah tak?" aku jawab hari ini cuti tapi esok sekolah laaa.... Sampai pepagi tadi bilamana dia tengok kak Eisya dah siap berbaju sekolah... maka tangisan berbunyi dari aku buka pintu depan sehinggalah mereka berdua sampai ke rumah mama. Nasib baik aku dah siap downloadkan beberapa game ABC dalam Experia aku..... biar dia layan sementara aku drive sampai ke Seberang Jaya. Aku ponn sama.... malaaaaass jer arinih. Mandi kolaaaaaaaam.. Penang Youth Park BTW, Erman dah sihat Alhamdulillah......