Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 15, 2010

Mengamuk... pasaipa?

Imej
Terbaca olehku akan berita sedih yang menimpa 2 beradik... dimana bapa yang mngamuk menetak mereka sekeluarga... membunuh ibunya dan mencederakan anggota badan dan jiwa anak-anaknya... dan dalam keadaan begitu... siapa yang harus diharapkan.... kerana yang mengamuk... bapanya. Yang ditetak, ibunya... dan yang menanggungnya pula anak-anaknya... bila 2 ekor gajah bergaduh.. mangsanya ialah anak-anak. "Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera  di bahagian badan s erta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, Sabtu. Bapanya, Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada 8.30 pagi tadi. Dia turut menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, dan mencederakan seorang lagi anaknya. Inilah yang ditakdirkan berlaku kepada Najihan dan Nazuwa. Menyaksikan sendiri bagaimana mereka menjadi yatim p...

Berhujung minggu di KPJ... dugaan Ramadan.

Semalam, pagiku yang sering disapa mesra Ein dan Erman menjadi agak gempar.... Ein yang diyakini tidak pernah menghadapi masalah pernafasan pagi itu nampaknya begitu letih untuk bernafas. Tercungap-cungap dan ternyata beliau amat letih dalam mengatur ritma-ritma pernafasannya seperti biasa. AKu semakin resah, Raja membawanya berjumpa Dr Cheam dan diberikan oksigen, dia tidur namun ianya berulang menjelang tengahari. Aku ke sana lagi dan akhirnya dengan surat rujukan, kami menuju ke KPJ berjumpa dengan Dr Shahbodin. Semalam, aku berbuka di rumah mak, sedangkan Rajaku bersama Ein. Malam, lepas terawih aku gunakan kaedah kereta besar mendapat keutamaan, aku bawakan nasi sahur untuk ibu dan Ein....kami lepak sampai hampir jam duabelas sebelum pulang. Aku masak nasi dan tumiskan sotong untuk juadah bersahur aku dan Eisya. Episod duka ku bermula jam 2:30am bila Erman batuk dan muntah, aku wash dia... ada cicak plakk... dia mintak aku ketuk cicak tu... so terpaksa lerr aku jadik hero walaup...