Kenapa aku perlu ke sekolah?
Soalan yang terbaik pernah aku terfikirkan bilamana musim persekolahan bakal bermula tak sampai sebulan dari tarikh hari ini. Perlukah seorang manusia itu dimasukkan ke sekolah formal atau semi formal seawal umur 3 hingga 5 tahun? Apakah mereka yang bermula prasekolah pada umur 6 tahun akan menjadi tercicir dalam pelajaran? Sukarkah seorang manusia itu untuk survive seandainya tidak dapat masuk ke alam persekolahan seawal umur 4 tahun? Ein dengan pistol buih sabunnya di pesta Pulau Pinang 2011 Adakah akan sampai suatu hari nanti anak yang dilahirkan mungkin akan terus menjalani latihan khusus untuk belajar berdikari.. bertatih, berjalan dan seterusnya berlari. Kerana ibubapa begitu takut anaknya nanti dikatakan itu ini tak reti kerana tidak dimasukkan ke sekolah seawal umur sehari. Bersama hadiah kemengan di Pesta Sains PISA 2011 Apakah niat sebenar penaja atau pemilik taman asuhan dalam merencanakan syllabus pra persekolahan? Ingin memajukan bangsa ataupun Ing...