Puisi spontan sempena ulangtahun kelahiran sahabatku
Indahnya hari... tak kira siang mahupun malam, tak kira hujan mendung suram mahupun panas silau benderang, tak kira kabut kelam malam mahupun terik panasnya siang, tak kira pagi sejuk mengetuk tulang mahupun tengahari yang mengantuk terhoyong-hayang, tak kira indah pelangi petang mahupun sebak lembayung senja berbalam bayang. Kita manusia adalah hamba hanya mampu untuk menilai tetapanNya hanya mampu melihat keindahan ciptaanNya dan hanya mampu mengenang peristiwa yang kekal bersamaNya. Semoga segala kenangan itu, tidak kira berapa lama ianya telah berlalu, tidak berganjak dari akalku tidak kira betapa sedih rasaku, masih ianya kekal disitu tidak kira betapa cepatnya ditelan waktu, namun itulah ceritera hidupku tidak kira betapa cerianya diwaktu itu, namun segalanya tetap berlalu tidak kira betapa fokusnya mataku disitu, namun semakin pudar pandangan mataku tidak kira siapa tubuh berdirinya aku, namun itulah kisah asal diriku. Salam Ulangtahun buat sahabatku... bi...