Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 30, 2010

Maafkan aku Karim....

Imej
Hujung minggu aku disentak dengan panggilan dari abang sepupuku. Perkhabaran yang agak kurang menyenangkan itu dibuat tatkala aku asyik melayan karenah 3 budak aktif di tapak permainan Tesco Seberang Jaya. Katanya, menantu lelakinya kini berada di bilik ICU Hospital Besar Pulau Pinang kerana menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di otaknya. Aku keliru, bagaimana darah beku terjadi tanpa terjatuh, terhantuk ataupun terhentak dengan benda keras di kepalanya. Ujarnya lagi, ianya berkaita rapat dengan  tekanan darah tinggi yang dialaminya sejak kebelakangan ini. Aku terus diulit kegusaran disebalik fenomena ini. Shahril yang muda, hensem, tidak obese, berbadan tegap dan ceria masih dilanda masalah ini. Untuk mengurangkan jarak kesahihan kenyataan nih aku bergegas ke ICU penang ngan mak&pak. Pening, tadak orang nama shahril kat situ... last confirm, baru tauuuu... rupanya Karim yang kena operate. Dalam ICU yg dingin tu aku tengok matanya bergerak-gerak dibawah kelopak ...