Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 19, 2013

ke mana tumpahnya kuah...

Setelah sekian lama tidak menulis terus dari hati... (jumpa kesempatan untuk berkarya, terus memblog tanpa skrip) aku kembali untuk ke hobi lama.. iaitu berkongsi pendapat. (hampir sahaja aku menulis berkongsi pendapatan.. akakakak). Guruku pernah berkata bahawa setiap pendapat itu tiada kesalahannya melainkan ianya hanya bertentangan atau sekadar kebetulannya sama ataupun pihak yang menerima hanya mampu menganggukkan kepala tanda tiada apa-apa hujah yang boleh diperkatakan kereana kekurangan bahan biacara. Aku memang begitu.. tidak sesekali berkata sesuatu fakta secara lurus. Kelingkingnya pasti akan berkait. Bersempena hari guru yang heboh diperkatakan setiap kali bulan Mei menjelma dikalendar gregorian, aku turut serta untuk menyibuk memberitahu anda akan ideaku yang ternyata berlawanan. Guru dimasa ini bagiku tidak banyak bezanya dalam memainkan peranan dalam membina sahsiah pelajar. Aku masih ingat penolong kanan Stowell dulu... setiap kali bercerita dengan kami, pastinya a...