rencana pilihan...
Ein, Nanang dan abah Salam sejahtera semua. Dah lama bercuti dari menulis, bukan pasal takde citer ndak dikongsikan, tapi aku sibuk memanjang.... panjaaaaaang sibuknya. Pelbagai perkara terpacul dibenak ketika sunyi membuai dan ketika dok layan kepala yang weng... dan kadangkala masa dok memandu pulang dari keje lalu kot area Permantang Nibung, melihat sawah padi terbentang luas dan kelibat pak tani yang sedang membajak sawah... yang hampir 100% aku yakin aku sendiri tak akan dapat melakukannya pasal tak de kederat...yang kini dimiliki dan diusahakan oleh petani yang bukan bangsaku.... aku terlalu rindu untuk menulis. Akibat keterbatasan waktu... biarlah dikongsikan disini bacaan yang menyentuh benak ku untuk berfikir... jom baca. BIASANYA penyakit yang membawa maut akan menjadi satu isu. Kini, ketika populasi penduduk dunia semakin panjang hayat mereka, kebanyakan kerajaan di dunia mula berkonfrantasi dengan idea tabu bahawa kematian adalah sesuatu yang boleh dilakukan secara pilihan ...