Harapan....

Aku sering dikatakan lemah kerana begitu mudah untuk mempercayai butir bicara anak-anak melebihi dari yang disangka. Boleh dikatakan hampir setiap janji mereka itu sering tidak tertunai malahan kadangkala menjadi luahan bicara jenaka.
Dan sebagaimana biasa bilamana amarah menguasai diri, aku sering berkata... kalau ada rotan.. abah akan belasah korang semua.
Biasanya, kata hamburan itu hanyalah berakhir tanpa sebarang tindakan. Ianya berlalu tanpa sebarang tindakan lanjut dan anak-anak terus sahaja mengambil ringan ancaman yang biasa abah berikan.
Kerana sudah maklum inaya akan berakir tanpa sebaarng tindakan susulan.

Terkenang aku suatu masa dahulu... tatkala aku bakal menduduki peperiksaan yang besar pertama kali dalam hidupku. Peperiksaan yang menjadi penentu kedudukan aku di persada akedemik tanah air, sering aku berjaga malam sebagai usaha untuk menempatkan diri di kalangan mereka yang berkategori cemerlang. Sering juga bapak yang pulang dari kerja singah ke rumah untuk mandi dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke arah selatan sebagai sebahagian dari kerjayanya sebagai pemandu lori.
Sekali tu, sebelum keluar dari pintu rumah bapak berbisik kepada mak, budak ni kalau tak pass periksanya nak buat kerja apa? Bisikan itu cukup kuat untuk bergetar di gegendang telingaku.
Tersentak aku dengan ayat itu. Kekal terus dibenakku sehingga ke hari ini. Bukan sebagai dendam namun lebih kepada pembakar semangat.
Terima kasih Pak. Kerana cabaran itu, aku menyahutnya dengan penuh berani dan bersungguh.
Dengan tenang Mak menjawab... dia telah berusaha... setiap orang yang berusaha pasti akan merasai ganjaran dari usahanya. Allah itu Maha Adil sifatnya.
Kata-kata itu terpahat dihati sehingga ke hari ini.
Anak-anaku.. ingatlah kata-kata hikmah itu.

MAN JADDA WAJADA:
“Man Jadda WaJada” yang artinya “Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti akan mendapatkan hasil, ”where there is a will there is a way !” , juga terkenal di masyarakat kita pepatah “Dimana ada kemahuan, pasti disitu ada Jalan “. Tidak ada hal yang sulit jika kita mahu berusaha dengan kerja keras, kerja cerdas dan kerja ikhlas, yang penting ada kemahuan dan ada kesungguhan serta gunakan logika serta ilmu pengetahuan sesuai kapasiti kita masing masing yang telah Allah kurniakan. Setiap manusia punya potensi untuk tumbuh dan berkembang, jadi bukan hanya sekedar tumbuh semata, melainkan harus berkembang. Allah sudah berikan modal dasar berupa otak dan akal yang lebih baik dibandingkan dengan makhluk lainnya di muka bumi ini. Jadi sangatlah keliru jika kita beranggapan bahwa nasib tidak bisa diubah. Nasib kita bergantung kepada usaha sendirilah untuk menentukannya, sebagaimana yang telah di firmankan oleh Allah dalam  Al-Quran Ar-Ra’d Ayat 11

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Bila keputusan keluar, akulah yang paling gembira untuk menyampaikannya kepada bapak. Katanya dia akan pulang dari Alor Setar malam itu, bakal dibelikan kami nasi lemak royal yang terkenal lazatnya. Kutunggu dengan perut yang lapar...
Jam mengesot dari tengah malam ke pagi, namun dia belum sampai lagi. Harapanku untuk merasakan kelazatan yang diwar-warkan semakin kurang. akhirnya aku hanya berharap dapat berjumpa dengannya sekadar untuk memperlihatkan slip keputusanku semata-mata. Namun... aku tewas dengan sifat ngantuk dan sedarku di pagi hari. Kata Mak, Bapak balik dan bawakan hidangan untuk kami semua namun aku tak sedar walaupun dikejutkan berkali-kali. Terkilan dihatiku terasa sehingga ke hari ini... kerana tak sempat untuk melihat reaksi bapak ketika aku tunjukkan hasil usahaku.

Itulah harapanku suatu masa dulu. Keinginan yang kuat menyala-nyala namun tak kesemua yang kita inginkan bisa di makbulkan. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Kesedihan kita pada masa itu mungkin menjadi pemangkin kepada kejayaan dimasa hadapan... siapa tahu. Hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Dalam kitab dulu ada mengatakan bahawa Rahsia Allah, antaranya... Jodoh dan Maut, Jantina anak yang dikandung dan juga waktu turunnya hujan. Selain dari itu... segala perancangan yang kita lakukan... tak kira sehebat manapun manusia yang meranang itu... wajiblah kamu beriman bahawa perancangan Allah itu terlebih sempurna.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...