2019: Bapak dah tua....
Dalam kesempatan sebelum azan dilaungkan...
aku ingin selerakkan minda kalian
dengan kisah teladan yang berulang-ulang
sarat berperisa dan tiada tanda akan berkesudahan.
Hari tua pasti akan tiba menjelang..
sekiranya aku, kamu dan kalian dapat untuk merasakan
tak kesemua kita pasti berkesempatan
kerna sejarah melaporkan berulangan
bahawa yang muda belia juga sering diberi jemputan
menemui Tuhan yang Maha Menjadikan
Merasakan minda lebih kuat berkerja berbanding otot dan tulang
Merasakan diri lebih kuat hari ini dari semalam
namun fakta tidak bercerita sebarangan
ianya dari penceritaan dan juga pengalaman
diaduk enak dengan kisah jalanan
menjadi takut, hairan dan takjub segalanya dianganan.
Berbalik kita ke isu dipermulaan
Setelah kalian hanyut di intro yang tak berkesudahan
Bapak sungguh sarat hidupnya dengan pengalaman
hidupnya dizaman Jepun, Inggeris dan sehinggalah ke zaman "Bakal PM yang ke Lapan" dilaungkan.
Kisah hidup bertaburan di sepanjang perjalanan
Dari kisah kuli di pelabuhan
Jungle Squad mengejar petualang
Diusia ini enjin tua semakin perlahan nak maju ke hadapan
Injak kebelakang pula lebih teruk gentanyangan
Gear dah masuk namun bahanapi sukar pula nak dibakar penuh kesempurnaan
Dek kurangnya Oksigen sebagai agen utama proses pembakaran.
Udara disedut melalui cerobong intake yg luasnya bukan sebarangan
namun oxygent catalyst sangat sukar mengekstrakkan gas yang diperlukan
lambatnya itu menyebabkan sel-sel badan sering kelemasan.
hasilnya... orang tua itu tercungap-cungap keletihan.
Tanpa oksigen extractor sukar juga nak bawa beliau keluar berjauhan.
kembang kempis nafasnya ketika dibawa untuk keluar berjalan
kekadang terfikir juga untuk nak tinggal dirumah sahaja seharian
tidak tega untuk melihatkan dia menarik nafas bagaikan ikan di daratan
Ini jelas menjadikan pemikirannya memberontak mencari kebebasan
yang dahulunya dimiliki ketika beliau memandu lori panjang dari utara ke selatan.
Dirumah sering beliau hanyut dalam desolusinya yang tidak bersempadan
membawa dirinya hanyut di awang-awangan keseorangan
Entah apa yang difikiran dan entah apa yang sering mulutnya memperkatakan
tak masuk dek akal dan kekadangnya menimbulkan seribu keresah
anak cucu pula sering lari bertempiaran
bila embah lanang mula menegur benda-benda ghaib yang hadir berhampiran
dijerkah dan dihalau oleh beliau agar bepergian
Apakah aku dan engkau tidak merasa apa-apa kengerian
bilamana berada disituasi demikian?
Jelas dimata kasar kita tidak akan kelihatan
Kajian sains semata-mata tidak mampu untuk menjelaskan
Desolusi ini pernah aku tonton seketika dahulu di panggung wayang
Hasil tangan pengkarya yang sangat mengkagumkan
Berhasil membawa penonton ke suatu alam yang tak pernah terlintas difikiran
Sering kita mudah menuduh orang itu kurang siuman
Bila terlihat beliau berbicara kuat ketika bersendirian
Kononnya orang itu gila namun sebaliknya dia tergelincir masuk ke alam yang berlainan.
Hanya yang mengkaji dan merasa yang mampu membicarakan
Apa maksud yang tersembunyi disebalik setiap kejadian
Sesungguhnya alam ciptaanNya ini dijadikanNya sebagai sebuah perkongsian
Makhluk Manusia, haiwan dan juga Malaikat Jin dan Syaitan
Dari saiz yang sebesar-besar alam hinggalah yang halus tidak kelihatan
Andaikata angka bilangan manusia didunia ini mencecah angka trillionan
Bagaimana pula jin dan syaitan yang dilahirkan namun tiada kematian
Tidakah kehadiran mereka penuh bersesakan
dikiri kanan, atas bawah dan di depan serta di belakang?
Ternyata hanya yang mempu melihat sahaja bisa memperkatakan.
Akan kusisipkan foto bapak dilain kesempatan
Buat kalian melihat raut wajahnya yang penuh dengan pengalaman.
Beliau merupakan salah seorang pejuang mempertahankan kedaulatan
Negara kita ketika diawal kemerdekaan.
Salam MERDEKA buat bapak ku yang tersayang.
Beliau merupakan seorang hero yang tidak pernah didendangkan.

Memandu lori dise
panjang perjalanan
Dan banyak lagi kerja-kerja rencam sebagai punca pendapatanpanjang perjalanan
Durian kegemaran dari dulu hingga sekarang |
Diusia ini enjin tua semakin perlahan nak maju ke hadapan
Injak kebelakang pula lebih teruk gentanyangan
Gear dah masuk namun bahanapi sukar pula nak dibakar penuh kesempurnaan
Dek kurangnya Oksigen sebagai agen utama proses pembakaran.
Udara disedut melalui cerobong intake yg luasnya bukan sebarangan
namun oxygent catalyst sangat sukar mengekstrakkan gas yang diperlukan
lambatnya itu menyebabkan sel-sel badan sering kelemasan.
hasilnya... orang tua itu tercungap-cungap keletihan.
Pengguna Oxygen Extractor 10L yang tegar |

Ulasan