Warisan
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan...
Entah kenapa lirik lagu Warisan dendangan Sudirman menjadi kicauan lembut di gegendangku sejak akhir-akhir ini
Oncologist yang ramah bicaranya bertanya seolah-olah ingin mencari asal usul sel yang rakus menerobos masuk ke dalam paru-paru kananku.
Ibu masih ada....? sudah bersama Penciptanya ujarku selamba.
Pergi bersama kelukaan dihatinya
Khabarnya diguris kuman sekian lamanya
Namun tidak disedarkan oleh sesiapa
Badan yang kurus sangkaku biasa
Selera berkurangan bicaraku lumrahnya orang tua
Sakit didada diwaktu tidurnya ujarku angin sahaja akibat kurang menjamah makannya
Rupanya hebat beliau digigit sang gedomba
Perihnya tak tersukat dek rasa
Bagiku insan biasa,,, dilalokkan layaknya dengan Morphin sahaja
Ibu pergi selamanya setelah berhabis mencuba
Melawan sakitnya berseorangan sahaja
Anaknya cakna cuma tiba dipenghujung cerita
Kerana tak beupaya memahami pola-pola petunjukNYA
Cuma sempat berusaha mengubati kurang sebulan cuma
Meninggalkan kelukaan berdarah di hati semua.
Apakan daya ajal maut jodoh pertemuan rahsia kerajaanNYA
Begitulah sepertimana ujarnya Baginda
Bapamu bagaimana pula....? Oh dia masih berusaha
Berlumba dengan kerakusan kuman yang sama
Sibuk dengan kesakitan diparu-parunya juga
Kerana Digigit TB dengan agak lama
Mungkin puncanya akibat dari makan diluar sahaja
Tatkala ibu sedang sakit menderita.. tiada yang menanak dirumah untuk laparnya.
Sakit itu seolah-olah menukarkan bisanya
Kerana diakui doktor terdapat kesan yang amat ketara
Di prostat kiri kanannya.. malah dibuang sudah kedua-duanya.
Tanpa disedari akan pemiliknya.
Ujarnya doktor seperti selalu
Target sang gedomba selepas itu
Di tulang-tulang dan juga sendi ianya bertumpu
Masa diberi tidaklah banyak terlalu
Katanya lagi, terlihatkan kami termanggu
Tatkala itu beliau mungkin tak lagi mampu
Menggerakkan tubuh seperti selalu
Sakitnya pula entah nak cakap pun aku tak tahu
Perih, kejang, sengal... ataupun ngilu
Hanya berserah kepadaNYA penetap TENTU.
Melawan songsang hujah yang diberi
Masih lagi beliau tegak gagah berdiri sehingga kini
Seleranya juga seakan tidak pernah terhenti
Jenakanya pula menjadi kisah penyeri
Setiap kali kami berperi
Walaupun sepanjang masanya hanya dikerusi
Berbaring dikatil tak berupaya bangun sendiri
Hanya menjerit-jerit memanggilkan Yanti
Guru beranak tiga yang dikatanya tidak mengerti
Walaupun cakap diulang berkali-kali.
Kini aku pula sebagai pengganti
menjadi seperti mereka untuk berjuang kembali
Dimedan yang sama aku meniti
Setabah mana cekalnya dihati ini untuk berdiri
Tak sangka diriku terpilih menjadi perantis
Buat anak-anakku penenang hati
Khas buat isteriku yang tak lekang terus berbudi
Kini tiba masanya aku berpamit diri
Mencari jalan ku sendiri menuju Illahi
Semoga kalian semuanya kuat untuk bersaksi
Bahawa abahmu ini terpilih sebagai waris penganti.

Ulasan