Set your target and fight for it....

Golll.... perkataan ini sinonim dengan laungan kegembiraan apabila bola dapat dijaringkan ke dalam mulut gol pasukan lawan.
Namun, akibat dari keterbiasaan itulah makanya kita sering tersilap dalam memilih makna dalam menentukan kehidupan kita.



Setiap manusia dan jin di jadikan dengan satu matlamat, objektif, gol, target, fokus atau apa sahaja laaah...

Jom usyar ayat Quran ni yang maksudnya:




Para ulama muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. berdasar Firman-Nya tersebut.

Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah S.W.T. serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W..

Jika demikian segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah S.W.T. serta teguh beribadah kepada-Nya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah S.W.T.. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan, gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan beribadah. Bahkan seluruh bumi Allah S.W.T. ini merupakan ‘masjid’, tempat menunaikan ibadah dalam realitinya sebuah kehidupan.

Aku terakan fahamanku ini dalam kehidupan setelah aku kecewa dalam cubaanku yang pertama untuk berjinak-jinak dengan acara sukan yang dulunya... bagiku hanyalah untuk mereka-mereka yang sempurna sifatnya sahaja.

Aku turun ke Pusat kecemerlangan Sukan Kampung Pandan minggu lepas untuk melengkapkan klasifikasi dan juga menghadirkan diri sebagai peserta kejohanan sirkit kebangsaan 1 bagi acara memanah untuk golongan PARA.

Disitu aku sedar bahawa objektif/matlamat/goal/target mestilah ditetapkan dan kita perlu berjuang untuk memperolehinya. Tetapan ini mestilah sesuatu yang sangat berharga untuk kita capai... dan berjuang untuk memperolehinya bukanlah sesuatu yang mudah.... usaha itu datangnya bersama dengan darah dan airmata.

Kata coach aku ... " Set your target and fight for it ! "
** You'll know when you know it...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...