Moments that matter
Pagi ni Sr Vp aku cakap tentang Moments that matter.
Menarik jugak kerana dia membawa aku ke suatu tarikh dulu yang aku sesalkan hingga ke saat ini....
Ku kongsikan satu disini...
di akhir pengajian anak ku di darjah 6.. seusai sahaja menjalanai peperiksaan UPSR, pihak sekolah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Langkawi untuk pelajar2 senior tahun 6.
Seminggu sebelum itu, kami baru sahaja menghabiskan masa bercuti kesana sekeluarga. Aku berhasrat untuk meneruskan perjalanan hujung minggu itu ke Selatan tanahair bagi menziarah sanak saudara. Jadi niatku itu tiada dibangkang dan kami bergembira bersama-sama. Namun setelah 5 tahun berlalu, baru kini terdengar ditelingaku bahawa sausana bercuti bersama-sama rakan sebaya di sekolah amat bermakna kerana bukan tempat yg dilawati yang sebenarnya dicari.. namun MOMENT bersama teman itulah yang amat bermakna dia tidak dapat diundurkan masa untuk menikmatinya bersama-sama lagi
Walaupun kini mereka bertemu kembali... namun suasanaya amat berbeza. MOMENT ketika bersama-sama bercuti dengan rakan sekolah itu telah berlalu dan tiada dapat di ulang kembali.Sebagaimana air sungai yang mengalir... ketika ia singgah memercik ke muka... itulah MOMENTnya... setelah itu ianya akan mengalir terus ke laut. Air yang terkemudiannya adalah air yang lain.. yang tidak sama dengan yang dulu. Biarpun nampak seakan sama namun ianya tetap tidak serupa.
Itulah MOMENT that matter.
Baru-baru ini... sedang aku berdiskusi dengan users. Hari telahpun lewat petang... kurang orang yang lalu lalang untuk pulang, tiba-tiba lalu seorang teman di depanku. Aku teruskan perbincangan tanpa berhenti untuk menyapanya. Kami hanya bertentang mata tanpa sepatah bicara. Keesokkan harinya, aku dikhabarkan bahawa dia telah kembali kerahmatullah sewaktu tidur.
Keras rasanya dibenakku ini untuk berkata.. sekiranya aku tahu itulah MOMENT terakhir kami akan bersama dunia ini.. alangkah baiknya sekiranya aku gunakan MOMENT itu sebaiknya...
MOMENT that I cherish all my life |
Ulasan