Catatan

Harapan....

Aku sering dikatakan lemah kerana begitu mudah untuk mempercayai butir bicara anak-anak melebihi dari yang disangka. Boleh dikatakan hampir setiap janji mereka itu sering tidak tertunai malahan kadangkala menjadi luahan bicara jenaka. Dan sebagaimana biasa bilamana amarah menguasai diri, aku sering berkata... kalau ada rotan.. abah akan belasah korang semua. Biasanya, kata hamburan itu hanyalah berakhir tanpa sebarang tindakan. Ianya berlalu tanpa sebarang tindakan lanjut dan anak-anak terus sahaja mengambil ringan ancaman yang biasa abah berikan. Kerana sudah maklum inaya akan berakir tanpa sebaarng tindakan susulan. Terkenang aku suatu masa dahulu... tatkala aku bakal menduduki peperiksaan yang besar pertama kali dalam hidupku. Peperiksaan yang menjadi penentu kedudukan aku di persada akedemik tanah air, sering aku berjaga malam sebagai usaha untuk menempatkan diri di kalangan mereka yang berkategori cemerlang. Sering juga bapak yang pulang dari kerja singah ke rumah untuk mand...

Warisan

Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Aku lah penyambung warisan... Entah kenapa lirik lagu Warisan dendangan Sudirman menjadi kicauan lembut di gegendangku sejak akhir-akhir ini Oncologist yang ramah bicaranya bertanya seolah-olah ingin mencari asal usul sel yang rakus menerobos masuk ke dalam paru-paru kananku. Ibu masih ada....? sudah bersama Penciptanya ujarku selamba. Pergi bersama kelukaan dihatinya Khabarnya diguris kuman sekian lamanya Namun tidak disedarkan oleh sesiapa Badan yang kurus sangkaku biasa Selera berkurangan bicaraku lumrahnya orang tua Sakit didada diwaktu tidurnya ujarku angin sahaja akibat kurang menjamah makannya Rupanya hebat beliau digigit sang gedomba Perihnya tak tersukat dek rasa Bagiku insan biasa,,, dilalokkan layaknya dengan Morphin sahaja Ibu pergi selamanya setelah berhabis mencuba Melawan sakitnya berseorangan sahaja Anaknya cakna cuma tiba dipenghujung cerita Kerana tak beupaya mem...

2019: Bapak dah tua....

Imej
Dalam kesempatan sebelum azan dilaungkan... aku ingin selerakkan minda kalian dengan kisah teladan yang berulang-ulang sarat berperisa dan tiada tanda akan berkesudahan. Hari tua pasti akan tiba menjelang.. sekiranya aku, kamu dan kalian dapat untuk merasakan tak kesemua kita pasti berkesempatan kerna sejarah melaporkan berulangan bahawa yang muda belia juga sering diberi jemputan menemui Tuhan yang Maha Menjadikan Merasakan minda lebih kuat berkerja berbanding otot dan tulang Merasakan diri lebih kuat hari ini dari semalam namun fakta tidak bercerita sebarangan ianya dari penceritaan dan juga pengalaman diaduk enak dengan kisah jalanan menjadi takut, hairan dan takjub segalanya dianganan. Berbalik kita ke isu dipermulaan Setelah kalian hanyut di intro yang tak berkesudahan Bapak sungguh sarat hidupnya dengan pengalaman hidupnya dizaman Jepun, Inggeris dan sehinggalah ke zaman "Bakal PM yang ke Lapan" dilaungkan. Kisah hidup bertaburan di sepanjang per...

Nama-nama yang baik ( Asma ul Husna )

Imej
Sifat-sifat Allah tersebut terangkum dalam Asmaul Husna, yang secara harfiah diartikan sebagai nama-nama yang baik dan agung bagi Allah SWT berdasarkan sifat-sifat yang Ia miliki. Sebagai Umat islam, sangatlah penting bagi kita untuk mengetahui arti dan makna dari nama-nama yang baik dan  indah yang dimiliki allah SWT, karena di dalam Asmaul Husna selain terkandung nama-nama, gelar, maupun sebutan bagi Allah SWT juga terkandung sifat-sifat indah dan Baik Allah SWT. Firman Allah SWT : هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ  Artinya “ Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai Asmaul Husna. Bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  (QS. Al- Hasyr ayat 24) YA ALLAH surah al-A‘raf ayat 180: “Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”. YA RAHMA...

Moments that matter

Imej
Pagi ni Sr Vp aku cakap tentang Moments that matter. Menarik jugak kerana dia membawa aku ke suatu tarikh dulu yang aku sesalkan hingga ke saat ini.... Ku kongsikan satu disini... di akhir pengajian anak ku di darjah 6.. seusai sahaja menjalanai peperiksaan UPSR, pihak sekolah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Langkawi untuk pelajar2 senior tahun 6. Seminggu sebelum itu, kami baru sahaja menghabiskan masa bercuti kesana sekeluarga. Aku berhasrat untuk meneruskan perjalanan hujung minggu itu ke Selatan tanahair bagi menziarah sanak saudara. Jadi niatku itu tiada dibangkang dan kami bergembira bersama-sama. Namun setelah 5 tahun berlalu, baru kini terdengar ditelingaku bahawa sausana bercuti bersama-sama rakan sebaya di sekolah amat bermakna kerana bukan tempat yg dilawati yang sebenarnya dicari.. namun MOMENT bersama teman itulah yang amat bermakna dia tidak dapat diundurkan masa untuk menikmatinya bersama-sama lagi Walaupun kini mereka bertemu kembali... namun suasa...

Nak buat macamana dengan uri anakku ini....????

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar. Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga. “Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini. Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata. “Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah. Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, ...

Set your target and fight for it....

Imej
Golll.... perkataan ini sinonim dengan laungan kegembiraan apabila bola dapat dijaringkan ke dalam mulut gol pasukan lawan. Namun, ak ibat dari keterbiasaan itulah makanya kita sering tersilap dalam memilih makna dalam menentukan ke hidupan kita. Setiap manusia dan jin di jadikan dengan satu matlamat, objektif, gol, target, fokus atau apa sahaja laaah... Jom usyar ayat Quran ni yang maksudnya: Para ulama muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. berdasar Firman-Nya tersebut. Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah S.W.T. serta mengikut betul-betul arahan y...